Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Bukit Panjang's Site - Malay Language & Malay Literature Unit

4D3N EDUCATIONAL & CIP TOUR TO SARAWAK

(Specially Prepared for EMAS : BPGHS & TKSS)

4DAYS 3NIGHTS LEARNING JOURNEY TO SARAWAK

AK 5842   08 Dec  JHBKCH        1215  1340 
AK 5847   11 Dec  KCHJHB        1840  2005       

                          

Day 01  , 08 Dec                AK 5842    ETD : 1215hrs              Arrival – Kuching City Tour                          (B/L/D)

0715hrs:IPC Coach arrive at Tanjong Katong Sec

0800hrs:IPC Coach arrive at Bukit Panjang Government high School

0815hrs: Depart by Coach to Senai Airport(JB)

0900hrs: Arrived at the airport & briefing by the Tour Manager.

0915hrs: Breakfast – fast food (IPC Allowance)

1015hrs: Group Check in. Free & easy until departure.

1215hrs: Board AK 5842 for Kuching.

1340hrs: Upon arrival, customs clearance. Meet local tour guide and board coach.

1400hrs: Lunch at a local restaurant. (100% Halal)

1530hrs: Visit to the Sarawak Museum.

1630hrs: Proceed for a Kuching City Tour with commentary on major attractions built during the White Rajahs era like Astana, Colonial Court House, Clock Tower, Charles Brooke Monument, City Mosque, Kuching Waterfront, Chinese Temple, City Tower & the finale being a photo taking session in front of the Giant Cat Monument.

1930hrs: Depart back to hotel for check in.

2030hrs: De briefing & overnight at Hotel.

Day 02, 09 Dec                  Semenggoh & Longhouse                                                            (B / L / D)

0700hrs:  Breakfast at hotel.

0800hrs: Meet up at hotel lobby and depart for Semenggoh Orang Utan Rehabilitation Centre. In the

morning, we visit the Semenggoh Wildlife Centre where Orang Utan, confiscated from people

who reared them illegally are kept and trained to be released in the wild again. Narration in

coach “Life history of Orang Utans, their habitat, distributions, behaviors, feeding habits and

conservation status in Sarawak  When food is scare in the jungle, Orang Utan  come to the

centre during feeding time. Have a close-up experience with them or take pictures of them. An

amazing experience to meet wild man of Borneo.

1100hrs: Visit Kota Padawan Pitcher Plant and Wild Orchid Garden. This garden has an impressive

collection of pitcher plants & wild orchids. This is for the students to have a better exposure to

this rare wild plants.

1200hrs: Lunch at a local restaurant.

1300hrs: After lunch proceed to Annah Rais Bidayuh Longhouse. The journey takes about an hour passing thru scenic countryside framed by hills & private plantations. Annah rais is a series of at least 5 longhouses joined together. Generally, these longhouse folks are self sufficient farmers with their little extras earned from cash crops like pepper, rubber & cocoa. Proceed for trekking to the Water falls

Dinner Time - Dinner will be served soon later, & you will get to try another different kind of sumptuous local dishes. Eat as much as possible, there will have more than enough for you to eat & you are promised to be fed well during your stay at the longhouse.



Traditional Musical Instruments Jamming Session & Cultural Dance - Soon after dinner, the homestay coordinator will start showing you with all their traditional musical instruments & teaching you the technique of playing them. This is the very practical session, whereby you will involve & learn in making a traditional music while others are dancing. You will also be thought on performing the traditional cultural dance with the full traditional costume on if you wish (you will be very photogenic).

Overnight at the Longhouse.

Day 03 , 10 Dec Longhouse & Sarawak Cultural Village                                                    (B / L / D)

0800hrs: Breakfast at the Longhouse. Breakfast will be prepared & to go with the local style coffee or tea. Taste some local fruits with your breakfast!



0900 - 1030 hrs.    CIP

We can perform the following activities :

a)      Distributing Goodie Bags (at Own Expense)

b)      Cultural activities eg Singing / Dancing / Aerobics performance

c)      Teaching Simple English

d)      Teaching Basic Cleaniness

e)      Engaging in some competitive events eg Drawing competation

f)         Optionally we can arrange for some Wall painting / Shelf making / Electrical Appliance  connection ( at an additional cost) /Plant trees and flowers/ set up mini library

1200hrs: Bid farewell & proceed for lunch at the local restaurant.

1400hrs: Visit t the Famous Sarawak Cultural Village to experience the diversity of the culture of the people of Sarawak thru the showcase of the traditional houses of the 7 major ethnic groups and also enjoy a spectacular 45 minutes cultural show at the village’s theatre.

1800hrs: Dinner at a local restaurant.

1900hrs: Depart back to hotel for check in.

2000hrs: De briefing & overnight at Harbour View Hotel.

Day 04, 11 Dec                  AK 5847               ETD: 1840                                                           (B/L/D)

0700hrs: Breakfast

0800hrs: Visit potteryFactory , hands on

*if times permit : Visit to Pepper Plantation & Pepper Plantation Board/ Forestry Department/ Pineapple & Cocoa plantations (Upon approval from the authority)

1200hrs: Lunch

1300hrs: Visit Santubong fishing village

1500hrs: Visit Satok market

1600hrs: Depart to Kuching International Airport.

1640hrs: Check in & free & easy until boarding.

1840hrs: Board AK 5847 back to Singapore

2005hrs: Arrive Senai Airport.

2015hrs: Pick up by IPC coach, transfer back to Singapore

2130hrs: Arrive at Bukit Panjang Government high school

2200hrs: Arrive at Tanjong Katong Secondary School

~ ~ T O U R   E N D ~ ~

Pengalaman saya di Rumah Panjang Annah Rais

Bas sudah menempuh jalan raya Kuching selama lebih kurang sejam setengah. Perjalanan kita ke Rumah Panjang Annah Rais suku kaum Bidayuh daripada Bandar Raya Kuching adalah terjauh berbandingkan perjalanan yang lain. Saya telah menatap keadaan di luar bas dan memperhatikan bagaimana bangunan-bangunan yang melengkapi bandar Kuching mulai menghilang. Kehijauan pohon-pohon pula yang mengisi sekeliling. Seketika saya turun dari bas bersama peserta-peserta program, saya terus memerhatikan perbezaan antara keadaan bandar Singapura dan di rumah panjang tersebut. Keadaan di rumah panjang amatlah tenang dan sentosa, manakala keadaan di Singapura pula sibuk dan kalang-kabut. Tidak seperti di Singapura, saya tidak melihat pencakar langit tetapi sebuah kampung diperbuat daripada buluh. Sekelilingnya pula hanya hutan.

Dalam perjalanan kami ke unit-unit rumah keluarga angkat, kami melalui beberapa jambatan dan orang-orang tempatan yang akan sesekali tersenyum melihat kami sekelompok berjalan lepas. Kita diberitahu bahawa reka bentuk rumah panjang masih lagi mengikut cara binaan tradisional rumah panjang masyarakat Bidayuh. Saya telah mempelajari bahawa penghuni rumah panjang terdiri daripada saudara-mara dan sepupu terdekat serta keluarga berangkai. Kami ditempatkan di unit-unit keluarga berlainan dan unit masing-masing dapat memuatkan kira-kira empat atau lima orang. Ia menyenangkan hati bagaimana saya disambut dengan sepenuh hati daripada orang-orang tempatan yang saya semakin rapat dan kenal. Ibu angkat saya sungguh peramah dan keluarganya turut sama. Di situ saya dapat memerhatikan bahawa bakti kepada orang tua sangat penting and diamalkan dengan setia dalam  masyarakat tersebut. Mereka mengamalkan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak untuk menjaga ibu bapa dan memahami hukuman yang akan mereka hadapi jikalau mereka melakukan sebaliknya.

Saya percaya pengalaman mandi pagi akan diingati kesemua peserta. Ibu angkat saya beritahu saya bahawa penduduk rumah panjang mendapat air mandi daripada gunung berdekatan dan oleh kerana itu, air yang didapat mereka percuma. Malangnya, airnya sejuk sampai merusuk ke tulang. Sebagai penduduk bandar, saya percaya kebanyakan antara kita tidak dapat menyesuaikan diri dengan air sejuk kerana di sini, kita dapat menggunakan alat pemanas air. Meskipun demikian, saya dapat tidur dengan lebih nyenyak daripada di hotel hari sebelumnya. Tempat tidur saya bersama tiga lagi peserta hanya sederhana namun ia masih memuaskan. Walau bagaimanapun, saya berasa bersalah kerana mereka terpaksa tidur di ruang tamu untuk memberi laluan kepada kita berempat dalam bilik di tingkat dua. Saya tidak sangka makanan mereka agak sama dengan makanan kita di sini. Mereka menghidang mi goreng, nugget ayam, kangkong dan lain-lain.

Anjing-anjing yang mendiami rumah panjang bukan dipelihara orang-orang tempatan tetapi dimiliki untuk membantu mereka memburu di hutan. Saya juga mempelajari bahawa kucing-kucing yang dimiliki mereka pula bertanggungjawab untuk menangkap tikus. Saya berpendapat bahawa kucing yang berkeliaran membentuk sebahagian besar dalam pengalaman saya di situ kerana mereka meringankan suasana di rumah panjang. Lagipun, ia melucukan bagaimana kebanyakan peserta perempuan panik kerana kehadiran kucing-kucing. Ketika malam tiba, semua peserta diajak melihat persembahan ahli-ahli muzik dan penari-penari traditisional mereka. Para ahli-ahli muzik di rumah panjang sudah tentu berpengalaman dan berpengetahuan. Pada sesi tarian, kita diberi peluang untuk mencuba tarian tradisional mereka. Melihat Cikgu Sazali menari mengikut irama amat menggelikan hati. Sesi tersebut amat menyeronokkan kerana saya dapat bergerak dan lebih berinteraksi dengan peserta-peserta lain.

Pagi hari seterusnya kita bersiap-siap untuk ke hutan. Kita diberitahu bahawa hutan tersebut merupakan sebahagian penting dalam gaya hidup mereka. Hutan merupakan farmasi dan supermarket mereka. Mereka juga mengatakan bahawa ada seorang ahli rumah panjang mereka yang dapat tinggal di hutan selamanya kerana dia tahu cara bertahan hidup di dalam hutan. Perjalanan kita melalui hutan sungguh menyegarkan kerana saya dapat menjauhi kehidupan sibuk di bandar. Tambahan pula, kita dapat berjalan menerusi sungai selepas lebih kurang sejam perjalanan.

Secara keseluruhan, saya berasa bertuah kerana dapat berpeluang dan berpengalaman di rumah panjang kaum Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais.  Saya amat berterima kasih kepada guru-guru, Abang Syed dan Uncle Louis yang telah ikut bersama kerana sebagai pemandu pelancong telah membuat program ini sukses dan memenuhi matlamat Program Penyerapan EMAS bagi mengikat jalinan antara Sekolah Tinggi Bukit Panjang dan Sekolah Menengah Tanjong Katong. Saya pasti akan menyertai program EMAS sekali lagi jika saya diberi peluang dan ruang untuk mengambil bahagian. 

Nur Liyana Bte Ayub Ow Yong ( Men 202)

            Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang

 

Program penyerapan EMAS BP-TK : Satok Market

 

Pada 8 hingga 11 Disember yang lalu, kami pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang telah menyertai program penyerapan sekolah-sekolah EMAS bersama pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Tanjong Katong. Program yang dijalankan sepanjang empat hari tiga malam itu berlangsung di Sarawak, Malaysia. Walaupun destinasi kami terpaksa ditukar pada saat-saat terakhir, ia tetap berjalan dengan lancar. Memandangkan itu adalah kali pertama pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang menyertai program EMAS di luar negara, sudah semestinya perasaan kekok dan malu untuk berbual mesra dengan pelajar-pelajar Tanjong Katong sukar dielakkan. Namun begitu, rasa segan perlahan-lahan mula pudar beberapa jam selepas kami tiba di Sarawak. Projek yang diberikan pula member kami lebih masa untuk berinteraksi bersama mereka.

Selama 4 hari di sana, kami dibawa melawat banyak tempat-tempat menarik seperti Pusat Pemulihan Orangutan, Taman Orkid liar, Musium Sarawak, Sarawak Cultural Village, Pasar Satok, Bandar raya Kuching dan banyak lagi. Seperti pelajar-pelajar yang lain, saya telah diberi tugasan sendiri iaitu untuk merakamkan sebuah video tentang Pasar Satok. Rasa risau mula menyelubungi hati sebaik sahaja saya menjejakkan kaki di Pasar Satok. Terasa agak ragu-ragu tentang keistimewaan tempat tersebut. Namun, keistemewaannya mula terserlah apabila saya memberanikan diri dan berjalan-jalan di merata pasar itu. Sebagai seorang anak muda yang jarangke pasar keseorangan, saya berasa agak kurang selesa pada mulanya. Namun begitu, pasar itu sebenarnya bersih, tidak seperti saya jangkakan. Lantainya tidak begitu lecak walaupun terdapat beberapa gerai yang menjual barangan basah.

 Pasar Satok adalah sebuah pasar yang berbentuk dalam lingkaran huruf ‘U’. Ianya adalah sejenis pasar hujung miggu dan hanya dibuka pada hari Sabtu dan Jumaat. Terdapat bermacam-macam jenis sayur-sayuran yang dibawa dari kebun penjual-penjual di situ. Antara barangan yang dijual adalah herba-herba tradisional yang digunakan sebagai, ikan kering, sayur-sayuran dan juga kraf-kraf tangan orang Sarawak. Perkara yang paling unik buat saya ialah ramai antara penjual di sana tidak tinggal di Bandar Kuching. Mereka membawa barangan untuk dijual dari kebun mereka sendiri dari luar Bandar Kuching dan datang ke sini untuk berniaga sejak awal pagi Sabtu. Saya berasa terharu serta kagum dengan semangat peniaga-peniaga yang bertungkus-lumus mencari rezeki di pasar tersebut. Mungkin itu adalah salah satu keunikannya.

Nurul Amirah Bte Samsudin ( Men 202)

Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang.

 


                                    MALAY  LANGUAGE  ACTIVITIES 2010

                                                MALAY  DEPARTMENT

                        BUKIT  PANJANG  GOVERNMENT HIGH SCHOOL

No

Activity

Teacher-In-Charge

Date

Number Of

Students/Class

Remarks

1

Taboo / Word Game competition

Mdm Teoh Soo Sim

31/3/10

6 students/Lower Sec

3rd Placing

2

National Essay writing & Dialogue, Translation Comp (RI)

Mdm Noormarlina

19/2/10

6 Students/ Sec 2 & 3 HML

No winning entry.

4

Malay Cultural Camp (IJC)- Pesona Nostalgia Budaya 2010

Mr Sazali Sahri

15/3/2010

5 students/ Sec 3 HML

-

5

National Poetry Artistic Presentation (NUS)

Mr Sazali Sahri

20/3/2010

10 students/ Sec 3 & 4

Champion

6

Creative Arts Programme (CAP)

 

Mdm Teoh

31/5 – 4/6/10

11 students/ Sec 2

-

7

National Poetry Recitation (nanyang JC)- Gema Puisi Artistik

Mr Abdul Manaf & Mdm Noormarlina

13/3/2010

10 students/ Sec 2 & 3

No winning entry.

8

Conversation  Chinese/Malay (CCM)

Mdm Teoh

Term 2 & Term 3

All Sec 1 / 2 Exp/NA/NT

Sec 1 -217

Sec 2- 220

9

BPGHS-HCI Cultural and  Leadership  Collaboration

Mdm Noormarlina

Mr A Manaf

Mr Senan

Term 1/2/3

BPGHS :15

HCI : 15 / Sec 1,2

-

9

BPGHS-HCI Collaboration (Sabatical Courses in HCI)

Mdm Noormarlina

 

Term 1

6 pupils

1.Putra Syafiq Bin Roslan (205)

2.Ignatius Jonathan Koswanto (205)

3.Alpha Wicitra Gondokaryono (205)-

4.Muhammad Rafiq Bin Mohd Rosli (205)

5.Nur Farah Fikriah Bte Karim (203)

6.Naqiyah Bte M. Lukman (203)

-

10

National Wau (Kite making) Competition-CJC

 

Mr Sazali Sahri

5/6/2010

Sec 3 &4 (Farhanah, Syazana, Carlyna, Amirah

2nd Placing

11

National Malay Scrabble Competition- Millennia Institute

Mdm Teoh

6/6/10

6 students / Lower Sec & Upp Sec

Upp Sec – Indiv- 2nd

Grp-3rd

Lower Sec- Indiv- 2nd & 3rd

Grp- 2nd

12

Perkampungan Budaya NUS

Mr Sazali Sahri

 

Term 2

4 students/Sec 3

-

14

Sec 1 EMAS Camp (Pulau Ubin)

 

Mdm Noormarlina, Mr Senan, Mr Sazali

31/5/10

50 students

Sec 1 HML& Visiting Schs

 

15

EDN National Malay Essay Writing Comp

 

Mr Senan

July

7 Students

1 Gold

16

Sec 1 EMAS Creative Writing (Poetry & Short stories)

 

Mdm Noormarlina

15/3 (Short Stories)

16/3 (Poetry)

48 students

Sec 1 HML, Visiting Schs & Invitd schs

18

Trilingual Digest 2010

 

Mdm Teoh SS

August

11 articles

Selected Sec 1-4.

20

Professional Sharing HML Setting and Assessment

 

Mdm Maimoon

27/2/10

60 Teachers

National

21

ML Literature Workshop and Meetings (Cluster)

 

Mr Sazali

Jan-Oct 2010

Trs- 15

Pupils-

Sec 4 = 77

Sec 3= 52

Sec 3-4 ML Lit.

22

Berita Harian “Survivor” BH OBOR & I3 Competition

Mr Sazali

1-3 Nov

3 pupils (2C)

Sakienah, Salehan. Shafiyyah

 

Sec 2

23

Twinning Prog (SMP N1 Galur & SMP N1 Malang)

Mr Sazali,

Mr Ezra,Mdm Maimoon

Feb & Nov

24 Students

-

24

 Cross Cultural Prog (Combined Gamelan & Chinese Orchestra @ CCK Library

Mdm Noormarlina

6/2/10

6 students/ Sec 3 HML

-

25

Combined Gamelan & CO Performance Chinese New Year

Mdm Noormarlina

12/2/10

6 students/ Sec 3 HML

-

26

Combined Gamelan & CO Performance BPGHS Speech Day

Mdm Noormarlina

26/3/10

8 students/ Sec 2NT/3HML

-

27

Post Exam Activities (Chinese Dumpling & Ketupat Making)

Mdm Noormarlina & Mr Senan

25/3/10

20 students/ Sec 1Exp/NA/NT

-

28

Post Exam Activities (Chinese Dumpling & Ketupat Making)

Mdm Noormarlina & Mr Senan

25/3/10

20 students/ Sec 2Exp/NA/NT

-

29

EMAS 10th Year Anniverasary

All ML teachers

12/6/10

60 students

Gamelan, Malay dance, Dikir Barat

30

BPGHS 50th Anniversary

All ML teachers

23/7/10

60 students

Gamelan, Malay dance, Dikir Barat

 

31

Motivational & Parenting Talk for all Malay Sec 1 NA/NT pupils (West 5 Cluster)

All ML teachers

13/11/2010

60 pupils & 60 parents

-

 

Last Updated  : 16/11/2010

Sazali Sahri

 


Blog EntryOct 14, '10 7:45 PM
for everyone



3 Madu- Satira atau Realisme?


Teater bertajuk “3 Madu” arahan Anwar Hadi Bin Ramli, seorang aktivis seni dan penggerak teater ini merupakan satu persembahan yang menarik berkisarkan 3 wanita, Rashidah, Rafina dan Rasina – ketiga-tiganya ialah isteri Rafi yang tinggal di bawah satu bumbung. Produksi ini berjaya menggarap perhatian saya dengan adegan-adegan lucu di selingan babak-babak serius di mana isu-isu seperti pemikiran wanita yang kian berubah diketengahkan. Syabas kepada Teater Kami Limited bagi menjayakan produksi tersebut, yang diadakan di Playden, yang berlangsung pada 17 April 2010, The Arts House, Old Parliament Building.
Watak Rashidah dalam “3 Madu” digambarkan sebagai seorang yang dominan, sering menentukan jalan hidupnya, cara kehidupan dirinya, dan diri orang lain. Watak Rashidah dikembangkan secara efektif oleh pengarah dan penulis skrip Anwar Hadi Ramli melalui perlakuannya yang tegas dan beret (demanding). Rashidahlah dalang yang membawa kepada plot dan konflik cerita. Watak pipih ini tidak banyak menunjukkan perubahan sepanjang cerita “3 Madu” meskipun dia juga merupakan watak penggerak. Pada awal cerita, Rashidah, 42 tahun, mendapati dirinya kurang sempurna kerana usianya tidak mengizinkannya melahirkan cahaya mata buat suaminya. Sebagai CEO syarikatnya sendiri, wanita yang amat mementingkan kerjayanya ini menjalani kehidupan yang mewah bersama Rafi, suaminya yang 15 tahun lebih muda daripadanya. Oleh kerana rasa kurang sempurna Rashidah, dia meminta sepupunya Rafina, bernikah dengan Rafi.
Rafina, muda, cantik dan graduan baru universiti dari Malaysia telah ditawarkan bekerja di syarikat Rashidah. Dalam pada itu, Rashidah mendesak dan berharap Rafina agar menikahi Rafi. Rafina menurut kehendak sepupu kesayangannya itu meskipun hatinya berat dan keliru pada waktu itu. Watak Rafina yang pada mulanya tidak begitu ketara menjadi lebih signifikan menjelang pertengahan dan akhir cerita. Watak bundar ini menunjukkan beberapa perubahan sikap sepanjang teater ini melalui tingkahnya yang pada mulanya menurut kata-kata Rashidah, dan kemudiannya mula menyangkal perbuatan sepupu dan madunya itu. Rafina didapati mandul setelah gagal mengandung setelah 8 tahun bernikah dengan Rafi. Lantaran itu, Rashidah meminta agar Rafi menikah dengan seorang lagi wanita, kini pilihan Rafi sendiri.
Rasina, madu ketiga dalam cerita ini merupakan wanita pilihan Rafi sendiri. Watak Rasina boleh dikatakan statik kerana tidak jelas perubahan wataknya dalam cerita ini. Rasina pada awalnya tidak serasi tinggal sebumbung bersama Rashidah dan Rafina. Namun lama-kelamaan, mereka berbaik dan melakukan tugas masing-masing menguruskan rumah dan rumahtangga mereka. Tidak lama selepas pernikahannya dengan Rafi, Rasina mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Kelahiran Nur Naim disusuli dengan kematian Rafi yang dilanggar ambulans sewaktu ingin mencari tempat merokok di perkarangan hospital pada hari yang sama. Rasina merupakan watak termuda dan paling ceria di dalam cerita “3 Madu”. Watak ini tidak pernah membantah kemahuan Rashidah walaupun dia sendiri tidak senang dengannya.
Rumusannya, produksi Teater Kami Limited ini telah berjaya menunjukkan perkembangan watak-wataknya dengan berkesan - ketiga-tiganya mempunyai perwatakan yang jauh berbeza. Saya kagum dengan jalan cerita teater ini dan unsur-unsur humor yang diselitkan amat efektif dalam menangkap perhatian saya sepanjang 90 minit cerita ini. Meskipun cerita ini hanya rekaan semata, watak-watak dan perwatakan yang ditonjolkan di dalam cerita berkemungkinan besar wujud di dalam masyarakat kita kini secara realisme yang semakin maju di dalam arus pemodenan, atau ianya sekadar satira untuk menyindir kaum wanita yang semakin beret dalam mengatur hidupnya sendiri dek ”human rights” dan ”freedom of speech” bagi kaum Hawa. Sekali lagi, syabas Teater Kami dan syabas Encik Anwar Hadi Bin Ramli!

Siti Umairah Bte Abdul Ghani
Pelajar H2- Kesusasteraan Melayu
Maktab Rendah Nanyang (2010)
Bekas Pelajar BPGHS Program EMAS 2009.



Silalah kunjung ke lelaman ini untuk menyaksikan PESTA RAYA @ Boon Lay pada 25 Sep 2010.
Click here to view photos

Fuad Sahmawi (24) 3M1 Bali 13-17 June 2010

 

Day 1

 

Activities Involved:

Flight from Changi Airport to Denpasar

Dinner at Chinese Restaurant

 

Learning Points:

Aku telah pelajari tentang betapa beruntungnya nasib aku kerana tinggal di Singapura kerana hidup di Bali lebih susah tanpa kesenangan-kesenangan tertentu. Keadaan di Bali, terutamanya desa-desa, berkelihatan seperti kampung-kampung lama, malah di Singapura pula, kami hidup dengan pelbagai kemudahan yang aku jarang hargai.

Aku pun telah mempelajari untuk menghargai orang-orang di sekelilingku kerana mereka mustahak. Disebabkan jauh dari keluargaku, aku harus menghormati orang-orang di sekelilingku, terutama rakan-rakan dan guru-guru, supaya mereka akan membantuku jikalau aku di dalam keadaan susah.

 

Day 2

 

Activities Involved:

Visit to SMP Negeri 1 Denpasar

Visit to Uluwatu

Visit to Garuda Wisnu Kencana

Watch the Kecak Wisnu Kencana

Dinner at Jendela Bali restaurant

Learning Points:

Aku telah pelajari untuk berhati-hati ketika berjalan di mana-mana. Populasi kaum Hindu di Bali melebihi 90%. Aku harus meneliti di mana ku berjalan supaya tidak terpijak apa-apa yang tidak harus dipijak dan harus dihormati. Aku pelajari untuk menjadi lebih berwaspada kepada sekelilingku.

Aku pun telah pelajari bahawa aku mesti tahu menjimat wang dan tidak terpengaruh dengan harga-harga yang dianggapku murah supaya tidak menghabiskan wang terlalu banyak sehingga tidak cukup untuk hari-hari yang lain. Akhirnya, aku juga yang akan menyesal.

 

Day 3

 

Activities Involved:

Visit to Subak Museum

Lunch at High Altitude

Visit to Kebun Raya

Running in the rain

Dinner at Jinbaran

Learning Points:

Aku telah mempelajari menghargai sumbangan masyarakat lama yang telah membentuk apa yang adanya sekarang. Kita harus menghargai kemudahan-kemudahan yang kita ada sekarang kerana ini adalah kerja dan sumbangan masyarakat lama yang bertungkus lumus membentuk bumi untuk generasi-generasi yang lain.

 

Day 4

 

Activities Involved:

Visit to Kintamani

Watch Barong Dance

Visit to Treasure Island

Dinner

Shopping

Learning Points:

Perkara pertama yang saya baru pernah lihat adalah Tarian Barong

Aku mempelajari yang penduduk-penduduk di Bali mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Mereka penuh dengan semangat untuk bergotong royong supaya upacara-upacara mereka berajalan dengan lancar. Aku berfikir bahawa aku harus membina sikap tolong menolong antara anggota keluarga dan juga rakan-rakan supaya aku dapat meraih kejayaan.

 

Day 5

 

Activities Involved:

Flight from Denpasar to Changi Airport

Exchanging Cards

Home Sweet Home!

Learning Points:

Aku mempelajari banyak tentang keadaan orang-orang di Bali dan kita sebagai rakyat Singapura harus membina imej kita yang unik dan tidak mengikut orang lain. Seperti di Bali, bangunan-bangunan tidak dapat dibina lebih tinggi dari pokok kelapa dan ini amat unik. Di Singapura, kita mempunyai banyak bangunan yang tinggi-tinggi seperti rumah pangsa dan lain-lain. Kita telah mengikut orang-orang barat yang telah membina bangunan-bangunan tinggi sebelum kami.

Aku pun telah mempelajari menghargai rakan-rakanku dan tidak harus melupakan jasad-jasad mereka dengan senang. Mereka telah banyak membantuku dan aku harus mengenang budi mereka.

 

END

 

MOHD NORMAN BIN DAUD (BALI IMMERSION PROG 13-17 JUNE 2010)

 DAY 1

 

Activities Involved : Departure from Singapore to Bali, Dinner at Restaurant

 

Learning Points : Pada waktu di restoran, saya, Hafiz dan Fuad makan bersama pelajar sekolah Jurongville dan Cikgu Zarinah. Kami memperkenalkan diri kepada pelajar Jurongville dan berbuat kawan bersama mereka. Saya pun terkejut mendapat tahu bahawa mereka hanya menengah dua sahaja. Kami juga ada sesi mengenal sesama pelajar yang dari lain sekolah. Saya mendapati memang penting untuk kami berbuat kawan dan tidak berkolompok kerana dalam program ini, kami adalah satu keluarga dan tidak berasing-asingan.

 

DAY 2

 

Activites Involved : School Visit (SMP N1 Denpasar), Dinner at Jendela Bali, Uluwatu, Garuda Wishnu Kencana

 

Learning Points : Saya memperhatikan bahawa 90% orang Bali Hindu dan mereka agak alim sungguh. Tali elektirk di Bali juga tergantung di udara, manakala di Singapura, tali elektrik kami tertanam sebagai "underground cable". Pada pendapat saya, lebih baik menggunakan "underground cable" kerana lebih selamat dan tidak berbahaya kepada orang yang berlalu daerah itu.

 

DAY 3

 

Activities Involved : Subak Museum, Mountaineous Area, Kebun Raya, Jimbaran

 

Learning Points : Saya berasa seperti lebih peramah dan lebih konfiden membuat kawan dengan pelajar sekolah lain. Saya juga berasa bertuah dapat mengikuti bersama program Bali ini. Terdapat banyak pengalaman dan kenangan terindah yang dialamai. Saya berasa lebih bersyukur dapat tinggal di Singapura yang sudah moden. Saya akan menyumbangkan dan pelajari banyak banyak perkara pada hari esok.

 

DAY 4

 

Activities Involved : Tarian Barong & Keris Dance, Treasure Island, Sawah Padi

 

Learning Points : Saya mempelajari bahawa tarian Bali amat menarikkan perhatian saya kerana penarinya bukan sahaja menrai menggunakan kaki dan tangan tetapi mereka menggunakan mata mereka juga dalam tarian mereka. Sungguh hebat! Saya juga mempelajari Batik Painting dan juga mengecat patung-patung haiwan. Saya berasa amat ghairah melihat hasil batik dan patung dari kawan-kawan saya.

 

 

 

DAY 5

 

Activities Involved : Flight home to Singapore

 

Learning Points : Pada hari terakhir di Bali, saya rasa agak sedih meninggalkan tempat yang sungguh indah itu. Saya pun "check out" dan kami berangkat ke Singapura. Di sana, kami memberi kata-kata pengakhir kepada rakan baru dan kepada cikgu-cikgu yang bersama kami juga. Saya pun berasa agak letih.

 

 

SAJAK BALI

 

Bali

dipenuhi dengan kehijauan

memberi aku kesedaran akan kehidupan

tempat asal usul kita

tiada lagi terlihat di tanah airku,

pulau muda yang mengingingkan kemajuan

kerana mu, Bali

aku bersyukur berkesempatan untuk melihat keindahan yang Maha besar

kerana manusia bisa memusnahkannya

 

 

 


No.

Tarikh

Tempat

Acara / Agenda Utama

Peserta

1.

Sabtu,

23 Jan ‘10

BPGHS

Mesyuarat (1)

-   Laporan 2009

-   Perancangan 2010

Guru- guru Sastera

2.

Sabtu,

21 Feb ‘10

BPGHS

Mesyuarat (2)

-   Cg Sazali memberikan maklumbalas pertemuan dengan SEAB

-   Cg Ernie dan Cg Khairunisak berkongsi tentang format pemarkahan bagi sastera

Guru- guru Sastera

3.

Sabtu,

27 Mac ‘10

SM Hong Kah

-    Perkongsian oleh Cg Supandi (Ke Makam Bonda)

-   Perkongsian oleh Cg Sazali (Pengajaran Puisi – Gaya Bahasa)

Guru- guru  & pelajar-pelajar Sastera

4.

Jumaat,

16 April ‘10

UPTLC, Victoria Street

Bengkel Sastera

Anjuran CPDD Unit BM

5.

Sabtu,

24 April ‘10

Madrasah Aljunied Al-Islamiah

Sesi perkongsian (3)

-   Perkongsian oleh Cg Siti Aisha (Mencerakinkan Perwatakan)

-   Perkongsian oleh Cg Sazali (Persiapan Kertas Soalan)

Guru-guru SM & Madrasah

6.

13/6 – 17/6

Bali - SMA N8 Denpasar (Senior High School)

Lawatan ke Bali

Jumlah guru –

Jumlah pelajar –

Pendedahan Sastera dan Budaya

BPGH, Yusof Ishak, Jurongville

7.

Sabtu, 10/7

BPGHS

Simposium Bahasa & Kesusasteraan Melayu

Perkongsian sastera dan bahasa

Jumlah peserta –

Penceramah Undangan – Pendita Muhd Ariff Ahmad

                                                

Guru-guru BM

8.

Sabtu, 24/7

Yusof Ishak

Malam Puisi

Persembahan daripada 7 sekolah

Guru-guru & pelajar-pelajar sastera

9

Sabtu, 21/8

BPGHS

Mesyuarat  3-

Perkongsian genre- drama oleh Cg Sazali

Perkongsian genre sajak- pedagogi pengajaran dalam kelas- Cg Sazali

Guru-guru Sastera

10

Jumaat, 3/9

BPGHS

Bicara Sastera (Novel) bersama Rosyam Nor

-kupas novel “Dewa Cintaku” karya Dillah Hussein dan sesi motivasi.

110 pelajar sastera dan guru sastera




DEWA CINTAKU- Karya Dilla Hussein
Watak utama- Rosyam Nor
SINOPSIS

Iqbal adalah seorang lelaki yang mempunyai dua jiwa. Di sebalik penampilan elite dan berprotokol, Iqbal membendung sengsara yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya, Hanafi. Pada usia 4 tahun, ibubapanya bercerai dan Iqbal dibawa lari oleh ayahnya. Iqbal dibesarkan dalam disiplin oleh ayah yang garang tidak bertempat. Hiburan tidak dibenarkan sama sekali dan Iqbal harus tumpukan perhatian pada akedemiknya. Iqbal tidak pernah kenali siapa darah dagingnya selain dari ayah yang dibencinya. hidup Iqbal sejak kecil, dinyamankan oleh Rohaya, majikan ayahnya. Hanafi meninggal dunia sewaktu usia Iqbal 18tahun lalu penjagaan ke atas Iqbal diambil alih oleh Rohaya yang begitu prihatin pada Iqbal sejak kecil. Iqbal sejak kecil, adalah seorang pengidap penyakit Asthma.

Iqbal dihantar belajar ke luar negeri dan sekembalinya Iqbal ke tanah air, dia menjadi pentadbir Noraya Holdings yang merupakan syarikat milik Rohaya dan suaminya Norhan.

Hari ini, pada usia 33 tahun, Iqbal begitu kukuh kehidupannya malah dengan share yang diberi oleh Rohaya dan Norhan, Iqbal sudah dikategorikan di dalam golongan orang kaya. Sejak 15 tahun yang lalu, Iqbal cuba menjejaki ibu, Mariana Anastasia Hedrick Abdullah dan kakak kandungnya Dewi yang hanya dikenali menerusi sekeping foto yang dijumpai di dalam kotak yang disimpan di dalam setor oleh arwah ayahnya. Tanpa nama penuh kakak kandung Iqbal, tentu sekali sukar untuk di kesan namun Iqbal tidak pernah berputus asa kerana mimpi-mimpi yang sama yang sering datangi tidurnya, dianggap sedang menanti untuk di selesaikan. Wajah-wajah insan di dalam foto keluarganya, adalah wajah-wajah yang muncul di dalam mimpi yang sama.

Rohaya selalu mengingatkan Iqbal untuk berumahtangga tetapi Iqbal tidak berminat kerana terlalu obsess untuk bertemu darah daging yang dicari selama ini. Takdir telah melukiskan segalanya. Iqbal menaruh hati pada June, seorang wanita berusia 37 tahun yang merupakan seorang pemuzik dan penyanyi pub.

Dalam masa yang sama, Norhan mahu menjodohkan Iqbal dengan Selena yang merupakan anak kepada arwah kawannya. Namun sikap Selena yang terlalu mengada-ngada dan suka membentak-bentak, membuat Iqbal meluat padanya.

Iqbal menghadapi masalah untuk memenangi hati June kerana wanita itu tidak perlihatkan minat padanya. Hakikatnya, June yang juga punya kesalan terhadap penceraian ibubapanya serta menjadi mangsa keadaan hingga hidup merempat sewaktu kecil dulu, masih lagi dikhianati seorang kekasih yang dinantikan kepulangannya sejak lapan tahun yang lalu.

Penyiasat persendirian temui Dewi Fatimah yang mengaku dirinya adalah kakak kandung Iqbal. Wanita berusia 37 tahun itu adalah orang susah yang datang dari Ipoh. Hidup Iqbal bahagia kerana kini dia sudah temui darah dagingnya. Fatimah meminjam wang RM40ribu dari Iqbal dengan alasan mahu bayar hutang bank ke atas tanah yang dicagarkan oleh suaminya. Apabila dapat wang tersebut,Fatimah lesap dari hidup Iqbal. Fatimah akhirnya diketahui bukan kakak kandung Iqbal menerusi nama datuk mereka yang berbeza.

Iqbal berjaya temui Fatimah di Ipoh lalu minta penjelasan. Fatimah menceritakan foto keluarga itu didapati dari seorang kanak-kanak perempuan Dewi Anastasia bt Hanafi yang diambil jadi anak angkat dalam keluarganya.

Bukti daripada penyiasat yang menyatakan June adalah Dewi yang di cari oleh Iqbal. Iqbal merasa sangat tertekan kerana wanita yang dicintainya adalah kakak kandung yang selama ini dicari. Tetapi iqbal masih tidak dapat menerima hakikat itu.

June yang sudah lapan tahun tidak bertemu ibunya Mariana, mahu Mariana ambil alih tanggungjawab June untuk menceriakan hidup Iqbal. Mariana mula di selubungi dosa-dosa lama yang dirahsiakan daripada pengetahuan semua orang.

Kehilangan Iqbal menimbulkan keributan di wad hospital. June diberitahu. Kali ini, June terpaksa pergi mencari Iqbal. June tidak mahu terjadi apa-apa pada diri Iqbal. Pihak polis juga telah dimaklumkan.

Dua jam kemudian, June tiba ditempat itu. Kereta Iqbal ada tetapi Iqbal tiada. June sebak, fikirkan Iqbal sudah terjun dari tebing itu. June kesali kekejaman hatinya yang hanya pentingkan dirinya sendiri hingga telah mengorbankan jiwa Iqbal. Iqbal bergelut dengan maut. Namun rohnya mohon untuk terus hidup agar dia dapat menatap wajah darh daging yang dicarinya selama ini. Allah maha kuasa, Iqbal terus bernyawa.


Hari untuk June berangkat ke Jakarta sudah tiba. June tidak mahu sesiapapun menghantarnya ke KLIA kerana tidak suka pada perpisahan sebegitu. Iqbal,Rohaya dan Norhan hormati permintaan June. Iqbal yang tidak dibenarkan menghantarnya walau ke kereta sekali pun.

Dua puluh minit selepas June beredar, Jasmin datang ke kondo Iqbal. Jasmin membawa sepucuk surat yang ditemui di dalam laci meja solek arwah Mariana. Dengan tulisan yang di sahkan oleh Jasmin adalah tulisan Mariana, isi kandungan surat itu menjelaskan segala perbuatan Mariana. Iqbal terlalu gembira kerana June bukan darah dagingnya dan ini melayakkan mereka untuk berumahtangga. Iqbal cuba hubungi June tetapi talian talipon June sudah tidak aktif. Iqbal bergegas pergi ke KLIA untuk mengejar June. Iqbal menempah tiket untuk esok namun jiwanya telah luruh kerana setibanya June diJakarta, June akan menandatangani kontrak kerjayanya dan untuk mereka bersatu entahkan bila atau mungkin June akan bertemu dengan pemuzik hebat di luar sana sebagai penggantinya.

Iqbal memandu pulang dalam lemah namun berdoa agar Tuhan kembalikan June kepadanya. Tiba-tiba kenderaan June memotong perjalanan kereta Iqbal. Iqbal menyangka Ayim yang memandu, membawa pulang kereta June. Iqbal tidak ada mood untuk bebicara. Tiba-tiba tangan wanita yang memakai cincin berlian yang berkilau, keluar dari tingkap kereta, mahukan Iqbal berhenti ke tepi. Iqbal bahagia kerana June ada di depannya.

Iqbal dihadirkan kepada June untuk membayar segala keperihan yang berpunca dari Mariana, ibu kandung yang tak pernah dikenali oleh Iqbal. Kesengsaraan hidup Iqbal dan June dibayar oleh sebuah keajaiban yang telah diturunkan buat mereka..

TAMAT.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lupakan Semua...

Naluri berkata,

Berbicaralah, ungkapkanlah apa yang difikirkan

Agar dunia ini tahu

apa yang sedar berlegar di gerobok minda.

Namun,

Dapatkah mereka menerimanya?

Akankah fikiran kami diperkecilkan?

Atau diterimanya dengan ikhlas?

Kerana kebijaksanaannya beliau mati

Kerana menyuarakan pendapat beliau pergi

Kerana mereka tak dapat menerima hakikat

Hang Nadim lebih bijak.

Tidak wajar sekali,

Insan yang telah berbakti

Pergi tanpa dikasihani,

Sehingga kini,

Yang tua,

Tak dapat menerima pendapat yang muda.

Dipuji? Tidak.

Diiktiraf? Sama sekali tidak.

Dibunuh.

Adilkah?

Yang tak berdosa menjadi mangsa.

Umur bukan pengukur kebijaksanaan,

Tidak seharusnya anak muda ditindas,

Dan diperkatakan fikirannya mentah.

Semoga kesilapan keturunanku,

Tidak diikuti generasi baru.

KARYA :

MUHAMMAD HAFIZ BIN HASHIM , 3P2, BPGHS.

(Muhd Hafiz Hashim (3P2) emerged champion out of 238 entries for Secondary and JC Level. Nur Shafawati Bte Saini clinched 5th in the same category. Dr Saeda Buang (Lecturer from NIE/NTU) was the chief judge. Prize presentation ceremony was held in NLB Victoria Street on 31 July 2010, Sat, 2:30pm.)





Lautan biru yang teramat indah,

Pokok kelapa setinggi bangunan;

Di Bali terdapat banyak sawah,

Mencucuk padi, beras dihasilkan.


Bali wujud di Indonesia,

Dikunjungi pelancong dari merata dunia;

Keunikan Bali sangat berbeza,

Mempertahankan bangsa meneguhkan agama.


Oleh: ‘Izzati Safwanah (3M2) dan Nurul Izzah (3M2) BPGHS


























PROGRAM EMAS, WADAH BAGI PELAJAR MENGENALI, MEMAHAMI DAN MENGHAYATI BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU.

 

Program Pilihan Bahasa bagi Sekolah Menengah atau EMAS[1], yang telah dijalankan di Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang sejak tahun 2001, merupakan satu program yang bertujuan mendalamkan lagi pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap bahasa, sastera dan budaya Melayu. Tujuan ini selari dengan visi Arif Budiman bagi sekolah menengah, iaitu untuk pelajar  mendalami dan menghargai bahasa dan budaya Melayu dalam pelanjutan pembangunan Negara.

 

Sebagai seorang bekas pelajar Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang (BPGHS), yang mengambil bahasa Melayu lanjutan dari tahun 2000 hingga 2003, saya berpeluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti pengayaan yang dijalankan dalam program EMAS. Tidak dapat saya nafikan bahawa kegiatan-kegiatan yang saya sertai mendekatkan diri saya dengan bahasa, budaya dan sastera Melayu. Salah satu kegiatan yang telah saya sertai ialah bengkel penulisan kreatif. Saya serta teman-teman didedahkan kepada teknik menghasilkan cerpen; aspek-aspek penulisan seperti latar, plot, bahasa dan tema. Teknik-teknik yang dipelajari pastinya dapat membantu kami dalam menghasilkan tugasan karangan di dalam kelas. Saya juga gembira dengan usaha guru-guru membukukan hasil karya kreatif oleh pelajar-pelajar, sehingga terterbitnya buku yang berjudul 'Setitis Kasih Segunung Harapan', yang telah dilancarkan pada 12 Mac 2002 di Perpustakaan Masyarakat Choa Chu Kang. Pada pendapat saya, usaha sebegini, dapat memberi motivasi kepada para pelajar untuk menghasilkan karya-karya yang baik.

 

Bengkel purbawara juga diadakan untuk para pelajar menengah 2 untuk memperkenalkan kami pada dunia sastera dan pementasan tradisional Melayu. Berbanding dengan mempelajari sastera melalui teks, pendedahan terhadap sastera melalui kegiatan sebegini lebih menarik dan berkesan, kerana saya dapat mempraktikkan teori-teori yang dipelajari kepada pementasan yang sebenar. Saya dan teman-teman telah diajarkan teknik penulisan skrip dan aspek-aspek pementasan seperti latar, muzik dan pengurusan drama, dan kami berpeluang mementaskan satu purbawara. Ilmu yang saya perolehi daripada bengkel ini dapat dijadikan ilmu asas apabila saya mengikuti modul AAF 234 Drama Melayu Moden yang dikelolakan Dr Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana) di NTU/NIE. Apa yang saya pelajari dapat saya praktikkan semasa menghasilkan drama ‘KRISTAL’ yang telah kami pentaskan di kelab masyarakat Sengkang.

 

 

Bagi pelajar-pelajar sastera Melayu pula, mereka berpeluang melibatkan diri dalam persembahan bangsawan. Pementasan ini merupakan suatu acara besar-besaran yang dijayakan para pelajar dan guru Melayu BPGHS. Ramai orang telah menghadiri pementasan yang diadakan dalam Bulan Bahasa 2002, termasuk tetamu undangan Encik Hawazi Daipi,  yang pada ketika itu merupakan Setiauasaha Parlimen dalam Kementerian Pendidikan. Walaupun saya tidak terlibat dalam proses menghasilkan bangsawan, melalui respons positif oleh teman-teman, saya pasti mereka telah meraih ilmu dan pengalaman yang berharga dan berfaedah semasa melibatkan diri dalam pementasan tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa program EMAS, yang menawarkan aktiviti-aktiviti seperti bangsawan, berjaya mendedahkan pelajar pada dunia sastera Melayu, seperti yang dinyatakan Encik Hawazi Daipi dalam ucapannya;

 

 “Melalui bangsawan, para pelajar dapat mempelajari pelbagai aspek bahasa…menghayati salah satu kesenian Melayu dan mempelajari nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita yang dipersembahkan. Ini adalah satu cara yang baik untuk memupuk nilai-nilai murni di samping meningkatkan kerjasama dan mengeratkan silaturrahim antara para pelajar dan guru”[2].

 

Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti-aktiviti ini telah meningkatkan lagi minat pelajar terhadap bahasa, budaya dan sastera Melayu. Khususnya, bagi diri saya, pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya raih semasa mempelajari bahasa Melayu lanjutan dan menyertai program EMAS di BPGHS telah mempunyai impak besar terhadap diri ini, sehinggakan saya bercita-cita untuk memiliki kerjaya yang ada kaitannya dengan bahasa dan sastera Melayu. Alhamdulillah, kini, saya sedang menjalani program Sarjana Muda Sastera (Pendidikan): Pengkhususan Bahasa Melayu di NTU/NIE untuk menjadi seorang guru bahasa Melayu.

 

Sebagai seorang guru pelatih yang pernah menjalani praktikum di BPGHS, saya juga berpeluang melihat peningkatan dalam struktur dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program EMAS. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan amat menarik dan pelbagai, pastinya dapat mempertingkatkan lagi keterampilan para pelajar serta menambah minat mereka terhadap bahasa dan budaya Melayu.

 

Salah satu kegiatan yang wajib disertai pelajar-pelajar EMAS dan pelajar-pelajar kesusasteraan Melayu BPGHS ialah kegiatan memainkan alat muzik gamelan. Aktiviti memainkan alat muzik gamelan ini telah dijalankan di BPGHS sejak tahun 2003, dan ia bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada budaya dan warisan muzik Melayu, khususnya budaya muzik masyarakat Jawa. Semasa menjalani praktikum di BPGHS dua tahun yang lalu, saya diberi peluang untuk menghadiri sesi latihan oleh pelajar. Tercuit hati saya melihat pelajar-pelajar, dengan sepenuh perhatian mereka, memainkan alat-alat gamelan.  Mereke kelihatan seronok semasa sesi latihan, di samping menambah ilmu pengetahuan tentang budaya Melayu dengan menceburkan diri dalam sesuatu yang baru.

Melalui program EMAS ini, pelajar diberi banyak peluang untuk menyertai kegiatan seperti perbincangan, forum dan ceramah. Mereka juga digalakkan untuk memasuki peraduan-peraduan yang berkaitan dengan bahasa dan sastera Melayu. Yang terkini, pelajar BPGHS berkesempatan menyertai peraduan Deklamasi Sajak Kreatif NUS (Universiti Nasional Singapura) 2010. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar BPGHS kerana telah meraih kemenangan sebagai juara dengan sajak berjudul ‘Fatamorgana’. Penglibatan para pelajar dalam peraduan sebegini memungkinkan mereka mendalami dan menghargai bahasa dan sastera Melayu, secara tidak langsung memupuk keyakinan dalam diri untuk mengetengahkah idea kreatif serta pendapat masing-masing mengenai bahasa, sastera dan budaya Melayu.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kerana program EMAS di BPGHS akan meraikan ulang tahunnya yang ke-sepuluh. Semoga Program EMAS dapat terus meningkatkan keupayaan berbahasa Melayu bagi para pelajar yang berbakat supaya mereka dapat mencapai kecekapan dan pemahaman yang lebih tinggi dalam bahasa, sastera dan budaya Melayu[3], melahirkan generasi baru yang bukan sahaja minat menggunakan bahasa Melayu, tetapi ingin memahami, menghayati dan menggembangkan penggunaan bahasa Melayu.

 

 

Norazila Binte Razali

Bekas Pelajar EMAS BPGHS 2002

 



[1] Elective Malay Language Programme for Secondary Schools

[2] Dipetik daripada Ucapan Encik Hawazi Daipi, Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan, di Malam Bangsawan, 26 Julai 2002, Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang, dari lelaman: http://www.moe.gov.sg/media/speeches/2002/sp27072002.htm

[3] Dipetik daripada Memupuk Setiap Kanak-kanak : Fleksibiliti dan Kepelbagaian di Sekolah-sekolah

Singapura, hlm 24.


Blog EntryJul 14, '10 4:13 AM
for everyone

Apabila aku melangkah masuk ke Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang pada tahun 2008, aku mungkin boleh dikatakan sebagai ‘mentah’ di dalam bab-bab budaya dan tradisi Melayu. Memang tidak dinafikan, yang hanya aku tahu tentang kemasyhuran sekolah ini ialah pencapaian akademiknya yang tinggi. Pada waktu itu, yang hanya aku ketahui tentang EMAS (Elective Malay Programme for Secondary Schools) ialah ianya sesebuah program yang dikelolakan di sekolah ini.

                Apabila aku menjejak masuk ke dalam bilik EMAS yang tersedia khas di sekolah ini, gambar-gambar aktiviti EMAS yang dipaparkan oleh abang-abang dan kakak-kakak kami ialah perkara yang pertama yang menarik perhatianku selain dari susunan(décor) bilik itu sendiri. Ia amat menakjubkan kerana dedikasi dan usaha mereka jelas kelihatan. Sesungguhnya, aku memang kagum, melihat aktiviti-aktiviti yang telah digabungkan dengan sekolah lain seperti Institusi Hwa Chong, Sekolah Menengah Tanjong Katong (sebuah lagi sekolah yang mengelolakan program EMAS) dan sebagainya. Perkara ini membuat semangatku berkobah-kobah untuk melalui pengalaman yang sama seperti mereka.

                Pada permulaan tahun itu juga kami didedahkan kepada aktiviti-aktiviti EMAS tersebut. Guru-guru Bahasa Melayu kami, Cikgu Manaf dan Cikgu Marlina memaklumkan bahawa kami akan mempunyai Program Penyerapan dengan Institusi Hwa Chong. Selain daripada itu, kami akan menhadiri perkhemahan sehari di Pulau Ubin. Pada akhir tahun pula, telah diadakan sebuah darmawisata ke Bali, Indonesia bersama-sama dengan rakan-rakan dari Institusi Hwa Chong. Dalam selang-selang aktiviti tersebut, kami juga telah mengambil bahagian dalam latihan Gamelan dan Tarian Melayu. Tidak sia-sia kami membuat keputusan itu, berkat galakan guru Bahasa Melayu kami.

                Program Penyerapan bersama Institusi Hwa Chong dianjurkan dalam rangka masa yang panjang; yang berlangsung sekurang-kurangnya tiga bulan. Program tersebut telah mededahkan kami, murid-murid yang  berbangsa Melayu kepada budaya Cina dan murid-murid yang berbangsa Cina daripada Institusi Hwa Chong didedahkan kepada budaya Melayu. Sebagai permulaan, murid-murid daripada Institusi Hwa Chong telah datang ke sekolah kami untuk melalui pelbagai aktiviti seperti tarian, gamelan, membuat kuih-kuih tradisional, pewarnaan batik dan sebagainya. Ini sedikit sebanyak telah membuka mata mereka terhadap budaya Melayu di Singapura. Setelah mempelajari bagaimana untuk bermain Gamelan, mereka mempersembahkan beberapa buah lagu kepada sekolah mereka. Dengan itu, tidak sia-sia ilmu yang diperoleh mereka. Ini mungkin tidak akan dapat dicapai tanpa bimbingan guru-guru.

                Setelah murid-murid Hwa Chong menjalani aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan oleh masyarakat Melayu, aku dan rakan-rakan pula yang bertandang ke Institusi Hwa Chong untuk menjalani aktiviti-akitivi seperti Penulisan ‘Calligraphy’ Cina, Penghargaan Teh dan Tarian Naga (?). Perkara yang unik ialah akitiviti-aktiviti yang kamu lalui dikelolakan oleh murid-murid dari Institusi Hwa Chong itu sendiri. Dengan adanya Program Penyerapan yang sebegini, kami dapat memperolehi banyak kenalan serta menimba pengetahuan tentang budaya Melayu dan Cina. Bak kata pepatah, ‘sambil menyelam, minum air’. Memanglah pada mulanya, kami agak jangkal kerana kami saling tidak mengenali. Namun, dengan sifat murid-murid yang peramah, kami dapat berkawan dalam jangka masa yang singkat.

Pada pendapatku, program sebegini patut kerap dipratikkan kerana di dalam negara yang berbilang bangsa seperti Singapura, ia amat mudah untuk berselisihan faham. Dengan perkembangan teknologi juga, ada kemungkinan bahawa zaman yang akan datang lupa atau tidak mengenali bangsa merka sendiri.

               Pada pertengahan tahun pula, Syarikat EDN Media telah menganjurkan perkhemahan selama sehari di Pulau Ubin. Perkhemahan ini bukan sahaja untuk pelajar-pelajar dari sekolah Bukit Panjang. Malah, ada banyak lagi sekolah yang turut bergiat dalam perkhemahan ini. Di Pulau Ubin, kami berpeluang untuk membuat batik, menganyam ketupat, mengenali rumah kampung dan permainan tradisional yang telah menjadi hiburan kepada ramai pada suatu masa yang dahulu. Melalui perkhemahan ini, ia telah sedikit sebanyak menyedarkan kami tentang asal usul kita dan dapat mendalami budaya Melayu itu tersendiri.

                Lawatan ke Bali, Indonesia merupakan perkara yang paling meninggalkan jejak di hatiku. Aku, 14 lagi rakan-rakan dan 2 murid dari Institusi Hwa Chong, berserta 2 guru dari sekolahku dan seorang lagi dari Institusi Hwa Chong melalui lawatan 4 hari 3 malam irtu bersamaan 2 orang pegawai dari EDN Media. Bali merupakan sesebuah tempat amat kaya dengan budayanya. Semasa lawatan ke Bali, kami dipamerkan dengan pelbagai persembahan yang termasuk tarian Kechak dan Barong. Kami juga dapat melihat betapa kayanya budaya mereka yang masih kukuh dan kekal hingga ke saat ini. Alangkah baiknya jika budaya Melayu seperti itu. Lawatan ini telah mengakrabkan lagi hubungan kami sesama rakan dan juga guru.

                Tahun 2008 merengsot pergi. Dengan tahun yang baru, pasti ada banyak lagi aktiviti EMAS yang bakal debentangkan. Tahun 2009 juga merupakan tahun di mana pertandingan SYF (Singapore Youth Festival) diadakan bagi acara Gamelan dan juga Tarian. Aku dan rakan-rakan berserta kakak-dan abang-abang telah bertanding dalam pertandingan tersebut. Setelah lebih dari empat bulan berlatih dengan gigih, akhirnya usaha kami berbaloi dengan mendapat Perak bagi kedua-dua Gamelan dan Tarian. Ini mungkin tidak dapat diraih tanpa dedikasi dan pengorban Cikgu Amran Sowyan(Gamelan) dan Abang Hambali(Tarian).

                Nadim: Visi & Misi ialah sebuah pementasan yang disertai oleh aku dan beberapa rakan-rakan yang lain. Dengan arahan Encik Fadhlur Rahman dan hasil pena Encik Zaharian Othman, pementasan tersebut telah berjaya menyampaikan mesej yang tersirat dan juga dapat menghiburkan penonton yang hadir. Pementasan yang dibentangkan pada bulan Julai ini juga telah mendapat pujian daripada kritik Berita Harian dan artikelnya telah berjaya di-published(?) pada bulan itu juga.Drama yang dibentangkan di TRCC Republic Polytechnic itu merupakan pertama kali aku berlakon dalam acara yang agak besar-besaran. Maka wajarlah aku berasa amat gementar; tersilap-silap skrip yang patut disampaikan terlupa pula. Sebagai salah seorang pelakon yang menghayati watak tersebut, saya dapat mengenal sejarah Melayu dengan lebih mendalam berdasarkan skrip dan lakonan.       

             Penutup acara bagi tahun 2009 merupakan sebuah program penyerapan ke Yokyakarta bersma Sekolah Menengah Tanjong Katong. Sebanyak 33 peserta termasuk seorang guru dari setiap sekolah dan seorang lagi pegawai bagi dari kementerian pendidikan telah mangambil bagahian dalam program yang penuh manfaat ini. Kami mempelajari banyak perkara tentang budaya Yokyakarta dan juga bahasa dan cara pembelajaran mereka di sana. Yang paling seronok ialah apabila kami mendapat peluang untuk menaiki Borobudur; sebuah monumen yang bersejarah dan merupakan daya tarikan utama di Yokyakarta.  Dengan pemandu pelancong yang amat peramah, kamu telah meraih dan mengupas pelbagai informasi yang boleh terdapat dalam jangka waktu 4 hari 3 malam itu. Selain daripada mempelajari tentang budaya Yojyakarta, kami juga dapat mengenal lebih ramai kawan dari setiap pelusuk  Singapura yang bukan dari sekolah kami.

Selain lawatan ke Yokyakarta, Indonesia, kumpulan gamelan kami diajak beberapa kali  untuk membuat persembahan. Contohnya, di Kelab Masyarakat Bukit Batok dan Kelab Masyarakat Boon Lay. Kami juga bergabung dengan okestra Cina sekolah kami untuk membuat persembahan di perpustakaan Choa Chu Kang.

2010 merupakan kemuncak persekolahan di Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang. Pada awal tahun kami menganjurkan ‘homestay’ untuk pelajar-pelajar dari Malang, Indonesia. Menerusi program ini, murid dari sekolah Bukit Panjang dapat mengetahui lebih tentang Negara Indonesia dan murid-murid dari Malang dapat merasakan dan mengalami cara kehidupan di Singapura yang pesat dan mencabar.

Pada sambutan  Tahun Baru Cina dan Hari Pemberian Hadiah atau dikenali seperti ‘Speech Day’ , kumpulan gamelan kami sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan, bergabung dengan Okestra Cina sekali lagi. Ini menunjukkan yang walaupun berlainan bangsa, dan irama yang dihasilkan oleh Okestra Cina amat ketara bezanya dengan irama yang dihasilkan oleh alat muzik gamelan, tetapi dapat digabungkan untuk menjadi sesuatu yang indah dan.

Semasa cuti bulan Mac, sebuah perkhemahan di Innova Junior College telah aku sertai bersama rakan-rakan sastera. Beberapa sekolah lain juga telah menyertai program ini seperti Institusi Raffles, Sekolah Menengah Evergreen, Sekolah Menengah Cedar dan bermacam-macam lagi. Perkhemahan seharian ini telah mendedahkan ‘anak-anak bandar’ yang menyertai perkhemahan tersebut dengan permainan tradisional dan aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan di kampung.

Program-program yang dianjurkan oleh EMAS telah menjadi pembuka mata bagiku. Ia telah menyedarkanku bahawa aku, yang pada mulanya cetek pengetahuan tentang budaya Melayu, tidak mungkin dapat mengenal budaya dan bahasa Melayu dengan lebih mendalam tanpa program EMAS. Kini aku telah berubah untuk menjadi seseorang yang menghargai dan menghayati budaya Melayu. Program EMAS telah mendewasakan pemikiranku yang pada mulanya menganggap budaya itu sebagai sesuatu perkara yang remeh. Kini, budaya, terutama budaya Melayu, bagiku merupakan salah satu khazanah dan harta peninggalan nenek moyang kita yang harus kita pelihara.

Sebagai seorang murid yang berada di Menengah Tiga pula, aku berharap dan bertekad untuk memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar menengah satu dan dua; seperti mana abang-abang dan kakak-kakak telah lakukan beberapa tahun yang lalu.

Nurul Farhanny Bte Salim (3M1 2010) & Muhd Hafiz Bin Hashim (3P2 2010)


Blog EntryJun 10, '10 12:18 PM
for everyone

Peluang EMAS hanya datang sekali...

...Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati

 

Mungkin, ada di antara para pelajar lawat Bahasa Melayu Lanjutan (HMT) yang baru masih ragu-ragu sama ada keputusan untuk melanjutkan pembelajaran Bahasa Ibunda mereka merupakan suatu keputusan yang wajar. Ini berkemungkinan besar sebab mereka sering terfikir akan banyaknya masa yang perlu diluangkan dan jarak jauh yang harus ditempuhi hanya untuk ke Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang (BPGHS). Percayalah bahawasanya anda tidak tersilap. Malah, lama-kelamaan, anda pasti akan menghargai peluang ini untuk mendalami ilmu yang mungkin tidak boleh diperoleh di mana-mana pelusuk dunia pun. Saya tahu kerana saya sendiri dahulunya pelajar lawat HMT sama seperti anda sekalian.

 

Saya masih ingat dengan jelas sekali aktiviti-aktiviti Program EMAS yang saya sertai sejak menengah satu lagi. Program EMAS merupakan satu initiatif yang menyeluruh, bertujuan untuk mendedahkan para pelajar HMT kepada dunia sastera Melayu. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk memupuk minat terhadap budaya Melayu dalam diri pelajar Melayu sekarang dengan harapan agar budaya Melayu yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita tidak pupus dek ditelan zaman. Terus terang saya katakan, pada mulanya, memang saya tidak berminat langsung dengan sastera Melayu kerana pada saya, sastera Melayu sungguh membosankan dan ketinggalan zaman. Namun, pandangan saya ini terus berubah selepas saya menghadiri sesi pertamanya. Sepertimana masyarakat Melayu moden gemar katakan, “Belum cuba, belum tahu!”.

 

Kelas puisi bimbingan Encik Djamal Tukimin, seorang karyawan yang amat disegani oleh masyarakat Singapura, tidak pernah gagal untuk menambat hati saya. Ini kerana sebelum akhirnya kelas, beliau sentiasa memastikan kami berpeluang menonjolkan daya kreativiti kami dengan mereka puisi tersendiri menggunakan ilmu yang baru disampaikan. Kemudian, yang paling menarik sekali adalah apabila kami disuruh menyampaikan sajak kami di depan kelas dengan penuh semangat dan emosi. Kadang-kala, kami terbahak-bahak tertawakan rakan sekelas saya apabila melihat cara luahan emosinya sungguh menggelikan hati itu.

 

Memang tidak boleh dinafikan bahawasanya saya agak lemah dalam penulisan cerpen mahupun karangan. Namun, saya dianggap bertuah sekali kerana berpeluang mengikuti bengkel menulis cerpen kreatif di bawah bimbingan seorang penulis cerpen yang sungguh berpengalaman, Encik Ismail Wardi. Di sini, saya diajar tentang teknik-teknik berkesan yang sering digunakan penulis-penulis kreatif agar cerpen yang dihasil dapat menarik perhatian pembaca dalam beberapa rangkap sahaja. Walaupun cerpen yang saya hasilkan boleh katakan klise, saya tetap bangga dengan hasil titik peluh saya itu kerana bagi saya, apa yang penting adalah bagaimana ilmu yang baru diperoleh itu dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

 

Program EMAS bukan setakat bengkel penulisan atau puisi sahaja. Malah, Perkhemahan Bahasa & Budaya juga telah dianjurkan setiap tahun untuk para pelajar mengenali budaya Melayu dalam suasana yang sungguh menyeronokkan di luar darjah. Apakan tidak, ilmu mempertahankan diri secara tradisional Melayu, iaitu silat, telah pun diturunkan kepada saya melalui perkhemahan ini. Bukan itu sahaja, saya beruntung dapat berdikir barat lagu ‘Wau Bulan’ bersama artis Singapura tersendiri, Nuradee Brothers. Tidak lupa juga, pengalaman mencuba tarian tradisional Melayu memang melucukan kerana maklumlah, lelaki seperti saya ini manalah mahir melembutkan gerak-geri saya! Itulah kali pertama di mana saya berasa sangat terhibur dalam satu perkhemahan budaya.

 

Walaubagaimanapun, selain ibu bapa saya, guru HMT saya merupakan sumber motivasi dan inspirasi yang utama buat diri saya untuk terus mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu saya dan selanjutnya, buat yang terbaik dalam apa pun saya lakukan. Guru yang akan saya kenangkan buat selama mungkin ialah Cikgu Sazali Bin Sahri. Jasa beliau sungguh tidak terhingga. Cikgu Sazali bukan sahaja saya anggap hanya sebagai seorang guru HMT, malah saya juga anggap beliau sebagai seorang mentor buat diri saya. Beliau sungguh berdedikasi dalam apa jua pekerjaan yang diceburi hanya kerana beliau mahu melihat anak muridnya menjadi orang yang berguna kepada masyarakat kelak nanti.

 

Pernah satu ketika saya menengah empat, di mana beliau sanggup pulang ke sekolah hanya untuk memastikan kelas HMT saya diteruskan walaupun pada hari itu, salah seorang anggota keluarga beliau kembali ke Rahmatullah. Ini membuktikan betapa sayangnya beliau terhadap anak muridnya. Selain itu, beliau juga telah mengambil langkah tambahan untuk sentiasa menasihati anak muridnya secara baik agar kami tidaklah salah membuat pilihan. Tambahan pula, beliau sering ambil berat tentang hal peribadi kami terutama sekali apabila kami menghadapi sebarang masalah. Beliau tidak pernah gagal untuk cuba sedaya upaya beliau untuk membantu kami walaupun kami sedar beliau juga mempunyai tanggungjawab lain yang harus dipikul beliau. Setiap kali cuti sekolah menjelang, beliau akan senantiasa mengadakan BBQ di salah sebuah chalet. Di acara seperti beginilah, kami sekelas dapat merapatkan siraturrahim antara satu sama lain dan juga dengan Cikgu Sazali. Perhubungan serapat inilah membuat kami senang untuk menerima ilmu daripada beliau. Saya akan sentiasa ingat jasa Cikgu Sazali walaupun sekecil zarah kerana perkara seperti inilah telah membantu saya mengecapi kejayaan yang telah saya peroleh hari ini.

 

Hingga saat ini, saya tidak pernah kesal akan keputusan saya dahulu untuk terus tekad melanjutkan pembelajaran Bahasa Melayu saya walaupun pada masa itu, saya banyak lihat rakan saya sendiri menarik diri dari HMT. Terlampau banyak sangat kenangan indah dan ilmu yang saya dapat kongsi bersama pelajar lawat lain dan juga tidak lupa, guru-guru HMT yang pernah mengajar saya terutama sekali Cikgu Sazali Bin Sahri. Sehingga kini, saya masih tidak dapat mencari jalan penyelesaian untuk membalas jasa budi beliau selama ini. Walaupun beliau sudah tidak mengajar kami, beliau masih tetap bertanya khabar. Bak pepatah hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Terima kasih Cikgu Sazali!

 

Akhir kata, sempena menyambut ulang tahu Program EMAS yang ke-10 ini, tahniah saya ingin ucapkan kepada pihak BPGHS! Semoga usaha demi melestarikan satu-satunya budaya kita ini dan memupuk identiti Melayu dalam diri setiap remaja Melayu akan terus berkekalan dan senantiasa membuahkan hasil. Insya’Allah!

 

 

 

Arif Uzair Bin Mohamad Roslan

Sekolah Menengah Chua Chu Kang (2008)

Bekas Pelajar Lawat HML BPGHS (2005 – 2008)

Sekarang Pelajar Maktab Rendah Pioneer (2009-2010)

 

































Nathania Christy, 4T1, BPGHS
FATAMORGANA BAWA JUARA KEPADA EMAS BPGHS!!!
“Bayangkan...
Kau ingin mencapai sesuatu yang hampir dalam genggaman
Terlepas. Jauh. Pudar.
Halangan menjelma sini sana
Bukan sekali, bukan dua
Namun berkali kali, tidak terkira
Yang dekat itu cabaran, yang jauh itu rangsangan
Biar nyala kian membara
Bangkit. Diri. Teruskan usaha
Janganlah sesat dalam lembah fatamorgana”

Begitulah penggalan paragraf pertama daripada sajak bertemakan “Fatamorgana” yang kami, pelajar BPGHS, lombakan di Deklamasi Sajak Kreatif NUS (Universiti Nasional Singapura) 2010. Sungguh tidak disangka0sangka, kemenangan sebagai juara berhasil kami raih ‘dalam genggaman’. Semua nya menjadi nyata – bukan sekedar ‘fatamorgana’.

BPGHS memulakan prestasinya sebagai pemenang sajak terbaik di tahun 2008, sedikit demi sedikit mendaki bukit kejayaannya sebagai pemenang tempat ketiga di tahun 2009, dan keluar sebagai juara di tahun 2010 ini. Semua itu tidak lepas daripada usaha gigih rakan-rakan dalam mempersiapkan sajak dan latihan mingguangnya.

Fatamorgana, bagi kami, adalah sebuah ilusi – dunia khayalan. Layaknya pengelana di padang gurun yang merindukan mata air dan berusaha menggapai apa yang sebenarnya hanyalah bohong belaka, kamipun mencuba menggunakan analogi ini dan mengaplikasikannya ke dalam dunia moden. Alam fatamorgana dan kebahagiaan maya boleh diasosiasikan dengan manusia yang berusaha menggapai cita-citanya dengan penuh perjuangan. Ianya juga boleh dihubungkan dengan manusia yang tertipu, terkecoh, dan menganggap perang adalah solusi bagi segala masalah, menganggap kecantikan jasmani melebihi segalanya. Itulah alam fatamorgana mereka. Sajak ini bertujuan menyedarkan manusia untuk keluar daripada ilusinya dan mencari kebenaran yang hakiki.

Sebuah sajak yang sarat makna, yang semakin matang pula setelah dikoreograf oleh encik Anwar Hadi, pengarah gaya yang sudah seperti kawan kami sendiri – penuh ekspresi-ekspresi lucu dan spontan yang membuat kami tertawa terpingkal-pingkal. Encik Anwar dengan sabar dan penuh antusias melatih kami. Tidak sekedar mengarahkan, beliau juga melibatkan kami dalam menginterpretasikan sajak tersebut dan bagaimana memasukkan segenap jiwa kami agar menghidupkan sajak tersebut. Sungguh, kejayaan kami tidak lepas daripada peranan beliau.

Setelah tahun lepas saya ikut berlakon, maka tahun ini saya mencuba pengalaman baru sebagai penata muzik – tugas yang cukup mendebarkan, kerana jika saya salah, maka akan berakibat teruk bagi seluruh kumpulan kami. Sebagai penata muzik, tidak begitu banyak latihan diperlukan, namun bagian menakutkan nya adalah kerana saya tidak diberikan latihan pada alat sebenarnya sehingga saya tidak boleh membiasakan diri dahulu – begitu juga dengan penata lampu.

Detik-detik menjelang penampilan kami, hati saya berdegup kencang. Tiba-tiba sahaja ada kesalahan teknikal sehingga laptop tidak boleh berfungsi dengan baik. Semua yang berwajib pun dengan segera bergegas mencuba membetulkan masalah tersebut. Kepanikan terjadi di ruang teknikal tersebut. Saya khuatir rakan-rakan saya yang akan tampil menjadi ikut-ikutan cemas.

Untunglah masalah tersebut tidak berkepanjangan dan semuanya boleh berjalan dengan lancar. Siapa yang menyangka kami boleh tampil sebagai juara – prestasi yang begitu gemilang.

Saat nama sekolah kami disebut, lautan kegembiraan meluap tak terbendung dan kami semua melompat kegirangan dan berpelukan erat – tanpa mempedulikan lagi perbezaan yang ada; senior-junior, dari Indonesia ataupun Singapura, semua menyatu dalam tangisan bahagia. Sungguh pengalaman yang begitu bererti. Pelajaran yang boleh dipetik, jauh lebih berharga melebihi kemenangan semata.

Deklamasi Sajak '10
FATAMORGANA

Wahai iblis
Iri hati, cemburu
Menyelubungiku
Aku seru namamu!
(Namamu)
Puaskan nafsu ini!
Hamba rela sujud
Hamba rela korbankan
Kambing, kerbau, ikan bilis, ikan paus
Ayam panggang?
Pulut kuning?
Namakan sahaja
Wahai si iblis yang terbabit
Di malam pahit,
Berbulan sabit

Iblis :
Mari,mari masuklah ke dalam alamku,
Alam fatamorgana
Sahutlah seruanku

Bayangkan . . .
Kau ingin mencapai sesuatu yang hampir dalam genggaman
Terlepas. Jauh. Pudar.
Halangan menjelma sini sana
Bukan sekali, bukan dua.
Namun berkali-kali, tidak terkira
Yang dekat itu cabaran,
Yang jauh itu rangsangan
Biar nyala, kian mebara
Bangkit. Diri. Teruskan usaha.
Janganlah sesat dalam lembah fatamorgana.

Aku yang masih
Di hujung perhentian
Hidup ini
Semakin ku usir
Semakin is hadir
Semakinlu lupakan
Semakin membelenggu fikiran
Ku mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari satu kebebasan
Mencari satu kedamaian
Biarpun jauh kularikan diri
Namun ia tetap melingkar
Di tangkai naluri
Aku ingin mencapai ke alam itu
Alam fatamorgana
Tetapi . . .
Di mana akhirnya
Perjalanan ini?

Manusia hanya ingin berkuasa
Menggengam dalam 'maha perkasa'
Terpedaya dengan perasaan prasangka
Terjerumus ke dalam peperangan dunia
Apakah masalah doi antara manusia
Dapat ditangani dengan pembunuhan sahaja?
Apakah harus kita percaya
Darah yang terjihad
Menyelesaikan segalanya?

Bahan terasa di seluruh dunia
Pencamaran udara perbuatan manusia
Yang bersikap degil, tamak, haloba
Bagai belanda minta tanadiberi satu, mahu semua
Ingin merebut kenikmatan dunia
Tetapi perangai tidak serupa
Hidup dalam alam fatamorgana
Tertipu dengan kebahagian maya
Mambawa padah, membawa pancaroba
Sedarlah wahai kamu manusia!

Dua kosong satu dua
Akhir zaman kian tiba
Alam terazab datang menjelma
Menggerun minda kaum manusia
Ramalan demi ramalan
Hujah demi hujah
Aku berhak untuk bertanya
Siapa yang betul, siapa yang salah?
Denagarlah manusia!
Dengarlah rintihanku!
Pudarkan khayalan, biar jadi debu
Jangan kau tertipu
Jangan kau terlena
Dunia ini fana, hanya untuk sementara.

Molek bestari dambaan setiap insan
Segalajalan ditempuh sekalipun menyakitkan
Hanya demi sebuah penampilan
Apalah erti semua itu
Topeng yang melukiskan rupamu
Tapi tak menceminkan hatimu
Terjerat dalam obsesi membutakab sanubari
Keluarlah dari ilusi
Carilah kebenaran yang hakiki

(KITA JUARA!!!!)

Blog EntryMar 30, '10 1:04 PM
for everyone

 

Meskipun saya dan teman-teman harus mengorbankan cuti sekolah kami untuk menghadiri perkhemahan ‘Nostalgia Jom Balik Kampung’ yang dianjurkan oleh Maktab Rendah Innova,  ternyata ia amat berbaloi dan telah meninggalkan banyak kenangan manis.

 

Pada 15 Mac yang lalu, saya dan sembilan lagi teman-teman  telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam perkhemahan ini. Setibanya di Maktab Rendah Innova, kami mendaftarkan diri dan mengambil buah tangan yang diagihkan oleh pelajar-pelajar sekolah itu. Kami diberitahu bahawa kami akan dipisahkan dan dimasukkan kepada kumpulan masing-masing yang terdiri daripada peserta-peserta berlainan sekolah. Perasaan khuatir menyelubungi kami. Maklumlah kami tidak kenal dengan peserta-peserta dari sekolah lain, bimbang jika tidak dapat berinteraksi dengan baik. Antara sekolah yang turut serta ialah Sekolah Victoria, Sekolah Menengah Kranji dan sebagainya.

 

Setelah semua peserta mendaftarkan diri, kami berkumpul dengan ahli kumpulan masing-masing. Nama-nama kumpulan yang diberikan merupakan tokoh-tokoh elit dalam sejarah melayu. Saya merupakan ahli kumpulan Cik Siti Wan Kembang, seorang pemerintah yang terkenal.

 

Pada mulanya, terasa agak kekok kerana saya dan ahli-ahli kumpulan saya yang lain  baru mengenali masing-masing. Walaubagaimanapun, kami mula berinteraksi dengan baik setelah melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pemudah acara.  Aktiviti-aktiviti disediakan termasuk menghias bunga manggar yang merupakan lambang setiap kumpulan, bermain bola dengan memakai kain pelikat dan pekung selipar. Aktiviti-aktiviti ini dapat mengajar saya dan ahli kumpulan yang lain untuk bekerjasama, mempelajari budaya melayu dan mengalami suasana di kampong.

Semua peserta telah dihidangkan dengan pertunjukan silat pada akhir perkhemahan. Pertunjukan silat ini telah mengubah pandangan saya pada silat dan melihatnya dari sudut pandangan yang berbeza. Tidak dapat saya nafikan bukan mudah untuk mempelajari silat. Silat juga merupakan seni yang tidak dapat dipisahkan dengan budaya melayu.

 

Saat perpisahan agak menyedihkan. Baru sahaja sehari mengenali mereka, pada detik itu harus berpisah. Namun, semua peserta memanfaatkan kemudahan teknologi yang semakin canggih, dan kelihatan semuanya sibuk mencatat emel masing-masing. Pada pendapat saya, matlamat utama perkhemahan ini telah dicapai; kenalan baru dan ilmu yang amat berharga dapat diperolehi. Syabas kepada program elektif Bahasa Melayu(MLEP) Maktab Rendah Innova kerana telah berjaya menganjurkan sebuah perkhemahan yang menyeronokkan.

 

 

 

Dibuat oleh Nur Shafawati Saini 3M2 Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang.


Naqiyah Bte. M.Lukman         (203) BPGHS

From the 8th to 12th of March, I was in Hwa Chong Institution(HCI) for a week long program. HCI were having their “sabbatical week” that week and the students from my school, Bukit Panjang Government High School (BPGHS), were invited to join the programs they were conducting during sabbatical week. My friend, Farah, and I joined the science program, Science Eureka, whereas two other boys joined the mathematics program and another two joined the nature program.

Upon entering the school, I was amazed and intimidated by the gigantic campus. It was about three times bigger than my school. I later learnt that HCI also shared a campus with their junior college (HCJC) and international school (HCII). After somehow miraculously arriving at the laboratory we were suppose to go to, with the help of a Hwa Chong student, Farah and I settled for our first day of our science sabbatical. I was shocked at the number of students who attended the Science Eureka program. There were only about a dozen of them, but I was thankful there were very little of them as it was easier to get along with a smaller group than a bigger one. The second shocker came when our teachers came into the class. They were only secondary four students! Truthfully, I did doubt them at first, but I realized that the student teachers were a good idea. For one, it was easier to get along well with them as they are from the same age group. Secondly, their explanation was quite clear. They can also focus on each pairs’ problem (we were broken up into pairs) as there were two of them and it was a small group. Other than that, I believe that the students will further understand what they taught us as they have to simplify the explanations so we could understand them. This makes them understand the topic they are teaching clearer to them.

During recess, Farah and I explored the school a little more because the school looks fun to explore and because we needed a mental map of the school so that we would not get lost in the school for the whole week we were there. Maybe HCI can give small maps next time they host this program, or any other program. I came across a lost girl who asked me directions to some place. As I did not the school where enough, I advised her to ask a HCI student instead after I gave her general directions to the place she wanted to go as I had overheard someone saying that the program the girl wanted to go to was in that direction. After the program had ended for the day, I was walking towards the side gate when I realized how calm and relaxed the environment was, unlike the stressful environment in my school. The students also looked very calm, which was surprising as HCI students are high- performing.

The rest of the days were fun too, but they were less surprising as I knew what to expect. The experiments were really fun too, especially the one where we heated an aluminum can less than half- filled with water until steam could be seen rising from the can. Two groups before us failed the experiment. I was scared that my experiment would fail too but I braved myself, gingerly grabbed the tongs as Farah stared anxiously at the can, used the tongs to grab the can flipped it quickly so that the top which has a hole on it was facing face down, into a container half- filled with normal tap water. It was fun watching the can crumple with a loud “BOOM!” sound. The HCI boys clapped a little and spent the rest of their time teasing the person who failed his experiment the first time. The can exploded violently due to some surface tension.

The day we focused on chemistry was fun too as we mixed different kind of chemicals to get different reactions. Most changed colour, others became hotter and others became colder. We also used the pH indicator to find out the acidity and alkalinity of the substance. We never had the opportunity to do this in BPGHS.

___________________________________________________________________

Naqiyah Bte. M.Lukman    203

Dari 8 hingga 12 Mac, saya berada di Institusi Hwa Chong(HCI)  untuk program Sains Eureka mereka. Rakan saya, Farah, turut serta dalam program Sains Eureka juga. Dua pelajar lelaki daripada sekolah saya serta program matematiks yang Hwa Chong mengadakan  dan ada dua lagi yang serta program tentang alam.

Apabila saya memasuki sekolah HCI, saya amat terkejut dengan sekolah tersebut. Ia amat besar. Ia tiga kali lebih besar daripada sekolah saya, Sekolah Pemerintah Bukit Panjang (BPGHS). Apabila sampai di makamal, saya terkejut kerana hanya ada belasan sahaja pelajar di sana. Saya berfikir yang pelajar HCI yang mengikuti program ini sangat ramai.

Saya juga terperanjat apabila guru yang mengajar kami sebenarnya pelajar menengah empat. Sebenarnya, saya meragukan mereka tetapi penjelasan mereka baik. Ia juga senang untuk bercakap dan bertanya apa- apa yang difahamin dengan mereka berbanding dengan guru yang betul kerana mereka hanya dua tahun lebih tua daripada kami. Mereka juga boleh menumpukan perhatian terhadap setiap individu kerana ada dua pelajar menengah empat.

Semasa waktu rehat, saya dan Farah jelajahi sekolah itu kerana kami harus tahu sekolah itu dengan baik supaya kami tidak sesat di dalam sekolah yang besar itu selama seminggu kami di sana.

Berada di HCI amat seronok.  Eksperimen yand dilakukan di sana tidak pernah dilakukan di sekolah dan saya rasa jika tidak ke sana, saya tidak akan dapat mencuba eksperimen- eksperimen itu.

 


     Sempena cuti umum sekolah Mac yang baru berakhir,gabungan pelajar aliran Ekpres Menengah Empat dan aliran Normal Akademik Menengah Lima telah diberikan peluang emas untuk menyertai dalam Program Pertukaran Pelajar dengan Sekolah SMP Negeri 1 Galur di Yogyakarta. Program yang berlangsung selama 6 hari dan 5 malam telah dianjurkan khas oleh Ketua Subjek Jabatan Bahasa Melayu, Cikgu Sazali Sahri. Program yang dimaksudkan berbeza dengan program-program pertukaran pelajar yang sebelumnya kerana kali ini pelajar-pelajar daripada Singapura akan bermalam di rumah keluarga angkat daripada Galur selama 4 hari 3 malam. Salah satu objektif program ini ialah untuk mendedahkan pelajar-pelajar Singapura kepada ilmu dan pengalaman yang tidak terkandung dalam buku teks.
 
Apabila tiba di lapangan terbang Adisujipto,kami disambut oleh pelajar-pelajar dan pihak Sekolah SMP Negeri 1 Galur. Sambutannya sangat hangat dan mesra,luar daripada jangkaanku. Selama 6 hari berturut-turut,kami telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang sangat menarik dan dalam masa yang sama mencabar. Salah satu aktiviti yang paling mencabar ialah belajar tarian orang Jawa bersama teman-teman daripada Sekolah SMP Negeri 1 Galur di Sekolah Seni Yogyakarta. Pelajar-pelajar wanita dan lelaki telah diasingkan.Yang lelaki akan mempelajari tarian "gagah" manakala pelajar perempuan akan menari tarian "puteri".Tarian ini sangat rumit untuk ditiru sehinggakan kami mengambil masa yang lama untuk meniru gerak-geri tarian Jawa yang sangat perlahan dan lemah lembut. Tidak hairanlah jikalau kami menghadapi kesulitan kerana kami lebih terdedah kepada rentak yang lebih lincah di Singapura. Walaubagaimana pun,daripada tarian tersebut,aku telah pelajari bahawa daya kesabaran dan konsentrasi yang tinggi akan menolong kami untuk berjaya. Selain itu, kami juga sempat melukis batik dan belajar bermain gamelan di Sekolah SMP Negeri 1 Galur. Kami juga telah mengadakan persembahan pertukaran budaya antara Singapura dan Galur. Ini termasuk  persembahan gamelan,tarian tradisional Melayu dan deklamasi sajak.
 
Selain daripada aktiviti-aktiviti di sekolah,setiap individu pelajar Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang telah mengalami pengalaman manis yang berbeza bersama keluarga angkat.Semasa menginap di rumah keluarga angkatku yang seakan-akan sebuah Villa yang besar, aku dilayan seperti seorang puteri.Aku telah disediakan sebuah bilik yang luas dan lengkap. Aku masih ingat bau harum cadar katilku serta keempokan bantal dan tilamku. Aku juga tidak pernah berasa lapar ketika di rumahnya sebab makanan telah dihidangkan tepat pada waktu.Layanan yang diberi oleh keluarganya luar daripada sangkaanku. Malahan, aku hampir lupa bahawa mereka adalah keluarga angkat. Sungguh berbaloi menginap di rumah yang disekelilingi tanam-tanaman dan ternakan.Suasananya sangat berbeza daripada di Singapura walaupun di Galur terdapat banyak motorsikal yang lalu-lalang di lebuh raya. Aku sangat beruntung kerana pada malam yang pertama di rumah keluarga angkatku, aku telah diajak oleh anak sulungya, Indra untuk bermain badminton di sebuah bangunan yang dihkhaskan untuk aktiviti-aktiviti sukan tidak jauh daripada rumahnya. Seronok dapat bermain badminton dengan mereka. Ia adalah salah satu pengalaman yang sangat berharga.
 
Kalau sudah di Yogyakarta,tidak lengkaplah jikalau tidak membeli-belah di Malioboro dan melawat Borobudur serta Kraton.Ketiga-tiga tempat ini telah menjadi tarikan pelawat-pelawat asing dan juga orang-orang daripada Yogyakarta. Itulah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Borobudur. Tidak terucap keindahannya yang amat menakjubkan.Lidahku memuji-muji sambil memaksa diriku mempercayai bahawa apa yang sedang aku saksikan benar-benar wujud. Ia memang susah untuk menerima kenyataan kehandalan manusia yang telah berjaya  mendirikan Borobudur tanpa kecanggihan teknologi pada abad kurun yang ke-9 . Inilah yang apa aku maksudkan, pelik tapi benar. Borobudur iatu tempat penyembahan kaum Buddha dibina sebelum wujudnya agama Islam , masih kekal bertahan walaupun setelah berjuta-juta manusia telah ke puncaknya di mana terletak stupa-stupa yang berisi patung Buddha. Ada yang percaya bahawa jikalau seseorang dapat mencapai tanggannya dan menyentuh Buddha yang berada dalam stupa, akan bertemu dengan jodohnya tidak lama lagi. Di Kraton pula iatu bekas istana raja Yogyakarta, kami telah menimbah ilmu mengenai kerajaan dan kisah-kisah berkenaan dengan raja pada waktu silam serta melihat keindahan bekas istana raja.
 
Malam yang terakhir di Hotel Kana yang terletak di Kaliurang pula merupakan malam yang amat bermakna dan menyayat hati sebab pada malam tersebut teman-teman dari Galur telah mengadakan sebuah majlis tanda menghargai kedatangan kami. Setiap daripada kami telah dihadiakan buah tangan khas buatan tangan mereka dalam bentuk setangkai bunga mawar merah. Kami tidak sangka bahawa mereka juga berkongsi hobi dan minat yang sama iatu menyanyi. Hatiku tidak dapat menahan sebak,air mata berlinangan di wajah masing-masing semasa menyanyikan lagu "I'm Yours" oleh Jason Mraz bersama-sama.
 
Namun, persahabatan kami dengan teman -teman daripada Sekolah SMP Negeri 1 Galur tidak berakhir di situ. Alhamdulilah, dengan kecanggihan teknologi,kesemua teman-teman daripada Galur termasuk ahli keluarga sera guru-guru berhubung dengan kami menerusi lelaman "Facebook".
 
Keseluruhan,program ini telah membawa banyak kesedaran pada diri masing-masing.Aku sungguh terpengun dengan cara-cara orang-orang di Galur mebawa diri.Sungguh menyenangkan hati . Walaupun mereka hidup dalam keadaan sederhana,mereka tetap memberi layanan seratus-peratus kepada kami. Aku terasa terhutang budi dengan mereka . Jarak kami yang jauh tidak pernah menjadi penghalang bagi merapatkan silaturahim. Kenangan bersama hanya tinggal sebuah memori indah yang tidak akan luput daripada ingatan. Malahan,akan setia disimpan di lubuk hati. Insyaallah aku akan kembali melawat negeri yang sangat aman serta bertemu dengan teman-temanku , Galur.

Namira 5A BPGHS (2010)


”Dekolonisasi Rohani” dan usaha mencari Keperibadian Melayu.

(Analisis ringkas menyanggah pendapat tentang ”Hari Raya: Orang Melayu Keliru?”)

- oleh Pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang (BPGHS) Menengah 4, Kelas Kesusasteraan bimbingan Cikgu Sazali Sahri.

Sebagai pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu peringkat O, Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang (BPGHS), kami sering dan selalu teruja dengan pandangan dan respons Cikgu Sazali Sahri, Ketua Subjek Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu tentang genre Melayu Klasik/tradisional mahupun genre novel dan sajak. Polemik akademik melalui pembelajaran sastera di dalam dan luar kelas selalu membuat kami ghairah dan selalu memikirkan persoalan tajam yang Cikgu Sazali kemukakan. Kami terdorong untuk mencari, menghurai dan mengupas banyak persoalan itu melalui kajian peribadi dan kerja kumpulan kerana Cikgu sering ajukan pandangan bangsa, budaya, agama dan nilai universal untuk kami fikirkan dan bahaskan.

Kami dididik dan dikesani oleh pandangan (juga melalui pengajaran Cikgu Sazali), Dr V.I. Braginsky yang menulis buku ”Erti Keindahan dan Keindahan erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik” bahawa apa yang dicari di dalam kesusasteraan Melayu tidak lain dan tidak bukan adalah- hati nurani (ilmu Allah)

Semua Kesusasteraan Melayu ada banyak kaitan dan ikatan baik dari segi lakonan, budaya Melayu, perbualan dan peradaban, semuanya mementingkan ketinggian peribadi dan personaliti peribadi dan meningkatkan pendidikan melalui zamannya. Zaman klasik mementingkan kesusasteraan penuh emosi dan alegori, maka timbullah genre puisi seperti gurindam, seloka, masnawi, pantun, syair kerana tiada bidang lain dalam kebudayaan tradisional yang dapat menandingi kesusasteraan klasik dalam mencerminkan segala aspek kehidupan rakyat Melayu sampai ke akarnya yang tersembunyi.

Apa yang kami pelajari, melalui pelajaran kesusasteraan Melayu bahawa segala imejan, alegori, emosi, komentari, simbol berada di tahap paling luar di ’bulatan hidup’ (most outer core).Di dalamnya, ada ’bulatan hidup’ (inner core), yang demikian itu adalah akal budinya- manifestasi dari peribadi dan konstruksi ’Kemelayuan’ yang menjadi benang penghubung manusia dari abad ke abad, yang mengaitkan generasi suatu bangsa yang datang menggantikan suatu generasi yang ada. Manakala yang ditengah-tengah dan yang paling dalam ’bulatan hidup’(innermost core) itu adalah hati nurani- tanda-tanda rohani dan ’Ilmu Allah’ iaitu kanon agama (Religious Canon). Kanon agama ini merupakan akar budaya Melayu yang dapat dilihat daripada ’bulatan hidup’

Pendek kata- Kesusasteraan Melayu yang kami pelajari bukan sekadar genre puisi dan prosa tradisional dan moden dari buku antologi ’Anak Bumi Tercinta’, ’Anak Laut’ dan Novel ’Subuh Hilang Senja’ karya Suratman Markasan, malah kami didedahkan dengan isu keSingapuraan dan isu masyarakat dunia. Sebabnya, kesusasteraan Melayu itu terus hidup kerana ianya berdialog tentang manusia dengan mematuhi ’hukum-hukum keindahan’.

Keindahan bahasa dan bangsa serta adat resam masyarakat nusantara dan Melayu di Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia banyak kesamaan dan keseragamannya. Oleh itu, agak ’melatah’ kami dibuatnya apabila ada artikel yang sangat-sangat menyentuh hati kami tentang adat resam, budaya dan pemahaman kami tentang kehidupan masyarakat Melayu yang dikatakan ’keliru’ kerana dikatakan ada beberapa adat dan budaya Melayu itu tidak mengikut adat dan cara keterbiasaan hidup orang bangsa Arab dan agama Islam. Cikgu Sazali mengarahkan kami agar jangan ’melatah’ apabila membuat sebarang komen, lantas menyuruh kami membuat kajian ini....

Isu dekolonisasi rohani dan usaha mencari keperibadian Melayu tercabar dan dicabar khususnya di tengah-tengah arus dunia moden dengan horizonnya yang terbentang luas. Pada pendapat dan kajian kami- keperibadian Melayu terdiri dari dua unsur: idea nasionalisme dan idea Islam. Sebab itulah dahulunya pernah timbul rangkai kata ”masuk Melayu” secara luaran mencerminkan aspek nasionalisme bangsa, yang bermakna, ’masuk Islam’ secara implisitnya menunjukkan aspek orang Islam.

Penulis yang ’mengkritik’ dan ’menegur’ bangsa Melayu dengan adat resam yang ‘keliru’ kerana tidak memakai jubah pada pagi raya dan memohon ampun dan maaf di pagi raya serta menangis tatakala ’melagukan’ takbir aidilfitri sewajarnyalah menerima banyak ’tentangan’, teguran dan komen dari segenap pelusuk masyarakat Melayu dari seorang ulamak, Ustaz Pasuni Maulan (BH:1/10/2009), artis Melayu mapan yang menetap di London- Encik Art Fazil (BH:Spektra 4/10/2009) dan khalayak pembaca (BH:Forum 30/9/2009 dan 3/10/2009).

Yang demikian sememangnya dari awal kupasan kami bahawa kehidupan dan keterbiasaan kehidupan masyarakat Melayu yang mudah menerima ilmu Allah iaitu agama Islam adalah sebab utama mengapa cara hidup Melayu yang telah diwarisi semenjak zaman Melayu tradisional/klasik asalkan tidak bertentangan dengan kitabullah amatlah disanjung tinggi. Demikian kata ahli bijak pandai- ”adat menjunjung syarak, syarak menjunjung kitabullah” Lihatlah bagaimana Wali Songo (wali sembilan) yang menyebarkan Islam di pulau Jawa (yang dahulunya beragama Hindu dan Hindu-Buddha) yang memeluk agama Islam lebih lewat dari orang Melayu di Melaka dan Pasai dididik dengan alat muzik Jawa kuno –Gamelan- yang berasalkan alat muzik istana Hindu yang digunakan untuk bersyair beralaskan bahasa Jawa Kromo untuk menyebarkan syiar Islam. Hingga kini, BPGHS masih ada dan mengekalkan adat budaya alat muzik Gamelan yang menjadi ’kemestian’ dan ’wajib’ dipelajari oleh semua pelajar EMAS (Elective Malay for Secondary Schools) dan pelajar-pelajar kesusasteraan BPGHS kerana Cikgu Sazali menjunjung adat Melayu dan berpaksikan nilai Islam. Kumpulan Gamelan kami juga banyak mempersembahkan Gamelan BPGHS di pelbagai acara masyarakat.

Janganlah dilihat pakaian baju Melayu/baju Kurung, takbir aidilfitri, ziarah kubur, bermaafan di pagi raya, kunjung mengunjung, berpakaian jubah/pakaian adat, memberi duit zakat sebagai ’memelayukan Islam’, pandanglah yang demikian itu sebagai warna-warni Islam yang tidak akan berubah dek zaman kerana Allah telah menjanjikan bahawa Islam itu agama untuk semua manusia dan untuk semua zaman. Manusia Melayu sedang dan akan mengalamai rekonstruksi budaya (cultural reconstruction). Perubahan arus zaman dan teknologi mengizinkan masyarakat Melayu berubah melalui perlakuan dan cara memanifestasikan budaya mereka, namun mereka tetap dengan ciri dan nilai Islamnya yang unik dan keunikan ini juga ada pada setiap budaya dan masyarakat Islam bangsa lain mahupun di Uzbekistan, Luxembourg , Iceland, Surinam, Chile, Sierra Leone, Pulau Kokos-Keeling dan Pulau Christmas (di Australia).

Kajian dan pembacaan yang jitu haruslah dibuat apabila kita cuba membuat sebarang kritikan dan teguran. Malah lebih dashyat lagi apabila sebarang kritikan dan teguran itu dibuat dan dilemparkan dengan tiada satu bentuk huraian atau alternatif positif atau “constructive solutions” yang diketengahkan. Hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang huraian dan kajian lanjutan. Malangnya, peribahasa melepaskan batok ditangga itu amat tidak diperlukan oleh masyarakat Melayu sebab sekarang ini kita haruslah kuat dan gigih bersaing dengan masyarakat lain di Singapura demi penakatan dan ilmu generasi Y yang lebih canggih untuk duduk sama rendah , berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

Kajian kami selanjutnya ialah dari buku Profesor Asmah Haji Omar- ”Bahasa Melayu di Samudera- benih yang Baik menjadi Pulau”. Profesor mengatakan bahawa ”ada tiga jenis sistem semiotik atau sistem perlambangan yang dipertahankan oleh orang-orang Melayu di Australia (khusus kajian di Pulau Kokos-Keeling dan Pulau Christmas), iaitu Bahasa Melayu, budaya Melayu dan agama Islam. Antara ketiga-tiga jenis sistem semiotik ini, agama Islamlah yang paling dipertahankan...” -hlm. 22-23. Apa yang dapat disimpulkan daripada kajian ini adalah ciri identiti orang-orang Melayu di Australia yang paling utama ialah agama Islam yang disebatikan dengan faktor asal usul mereka, iaitu alam Melayu. Bahasa Melayu dan budaya Melayu sebagai sistem semiotik dilihat sebagai urat saraf kepada identiti yang utama itu.

Kami hanyalah pelajar-pelajar kesusasteraan Menengah 4 yang hanya mampu membuat analisis dan kajian ringkas mengenai budaya dan adat resam masyarakat Melayu yang indah bertentangan dengan coretan di Berita Harian ’Hari Raya : Orang Melayu Keliru?’(30/9/2009), maka diharapkan pelajar-pelajar lain dan pembaca dapat manfaatnya bersama. Wallahu ’alam bissawab.

Kerja kumpulan:

Izyan Liana Zulkepli , Nur Farhanah Rosli

Siti Aisyah Sahrol, Siti Umairah Abdul Ghani

Siti Syahirah Razak, Siti Noor Sabrina Noor Alim

Nur Adila Ismail.


Program Twinning : SMP N1 Malang, Indonesia & BPGHS (6-13 Feb 2010)

  Meskipun selama seminggu murid-murid dari Indonesia, Malang, telah menetap di Singapura, rasanya seperti masanya tidak cukup bagi kami untuk berinteraksi bersama mereka. Namun, kami masih dapat menggunakan masa dalam seminggu itu untuk mengenali bersama mereka dan memahami lebih tentang budaya serta sistem pelajaran mereka di Malang. Pada tanggal 6 Februari 2010, mereka tiba di Singapura. Tetapi, kami hanya mula mengenali mereka pada keesokan harinya, iaitu 7 Februari 2010. Pada hari itu, murid-murid Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang telah berangkat ke hotel di mana mereka menetap, dan berjumpa bersama mereka bagi pertama kali. Terdapat lapan belas murid-murid dari SMP Negeri Satu Malang yang mengikuti program ini.

   Setelah dikenalkan kepada ‘buddy’ masing-masing, kami pun berangkat dari hotel ke Vivocity untuk membawa mereka berjalan sia-sia. Sepanjang perjalanannya, kami mengambil kesempatan untuk mengenali rakan-rakan kami dengan lebih mendalam. Ada yang suka bermain bola keranjang, ada pula yang suka menari, dan terdapat juga seorang murid yang bermain alat muzik gamelan. Setibanya di Vivocity, kami pergi ke ‘Skypark’, dan beriadah di sana sambil mengambil gambar-gambar sebagai bahan kenangan. Kami juga pergi ke Sentosa, sebagai sebuah aktiviti untuk merapatkan murid Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang bersama murid-murid daripada SMP Negeri Satu Malang.  Walaupun kami tidak berkesempatan untuk menaiki sebarang permainan di Sentosa, kami masih dapat beriang-ria di pantai Palawan ketika kami mengadakan pelbagai permainan dan aktiviti supaya dapat mengokohkan persahabatan kami.

    Pada hari ketiga, murid-murid Malang datang ke Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang sebagai sebuah lawatan untuk mengetahui bagaimana pelajaran di sekolah-sekolah Singapura dijalankan. Pada hari itu, kami mengadakan aktiviti tarian Melayu di bilik muzik sebagai sebuah aktiviti tradisional. Kami bergembira ketika aktiviti tersebut. Aktiviti tersebut dijalankan supaya dapat memberikan murid-murid tersebut sebuah gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti aktiviti budaya Melayu yang dijalankan di beberapa sekolah Singapura. Setelah aktiviti tersebut, kami mengadakan aktiviti dan permainan untuk menguatkan persahabatan kami bersama mereka. Melalui permainan-permainan tersebut, kami dapat mengenali nama-nama mereka dengan lebih jelas. Setelah itu, murid-murid sekolah tempatan yang menjadi tuan rumah kepada murid-murid tersebut membawa pulang ‘buddy-buddy’ masing-masing. Saya juga membawa pulang ‘buddy’ saya ke rumah kerana saya salah seorang murid sekolah tempatan yang telah menjadi tuan rumah. Ketika perjalanan ke rumah, rakan-rakan kami dari Indonesia itu berulangkali mengatakan bahawa kebersihan di tempat awam amat mengagumkan. Sebagai seorang rakyat Singapura, saya berasa bangga dengan kebersihan di Singapura.

   Pada hari kemudiannya, teman Indonesia saya mengikuti saya dalam perjalanan ke sekolah. Setibanya di sekolah, teman-teman kami mengikuti ke mana sahaja kami pergi di dalam sekolah. Mereka mengikuti bersama kelas pelajaran di sekolah seperti biasa. Mereka kerap menyoal tentang sistem persekolahan di sekolah kami, dan juga menceritakan tentang sekolah mereka di sini. Kami mempelajari banyak tentang sistem persekolahan di sana. Setelah tamat waktu pelajaran di sekolah, kami mengadakan aktiviti membuat kuih Melayu tradisional pula. Kuih yang kami membuat bersama teman-teman kami ialah kuih ondeh-ondeh. Kami mendapati yang di Indonesia, Malang, juga terdapat kuih yang sama, tetapi cuma nama kuihnya sahaja yang berbeza. Alhamdulillah, kuih yang diperbuat oleh kami semua tidak hancur, serta lazat rasanya.

   Hari kelima, seperti hari sebelumnya, teman Indonesia saya mengikuti saya ke sekolah. Mereka mengikuti pelajaran kami lagi. Setelah tamat waktu sekolah, terdapat aktiviti melawat tempat-tempat menarik di Singapura, sepert Bukit Larangan di Fort Canning, Chinatown, Little India dan sebagainya. Melalui aktiviti tersebut, pelajar-pelajar Indonesia mempelajari lebih banyak tentang sejarah Singapura, serta budaya kaum-kaum lain yang terdapat di Singapura. Kami murid-murid tempatan juga telah mempelajari perkara-perkara yang menarik tentang sejarah Singapura menerusi aktiviti tersebut. Sambil kami menerima pelajaran ketika aktiviti tersebut, kami mengambil gambar bersama murid-murid Indonesia di tempat-tempat menarik ini. Setelah itu, kami mengambil mereka berjalan siar-siar di Orchard supaya mereka dapat membeli cenderahati bagi keluarga mereka di Indonesia.

  Pada hari keenam mereka menetap di sini, iaitu pada hari khamis, 11 Februari 2010, mereka mengikuti sekali lagi bersama kami kepada setiap pelajaran sekolah kami. Setelah tamat waktu sekolah, kami pula berangkat dalam bas sekolah ke Changi Point, bagi aktiviti menetap satu malam di chalet di Fairy Point Chalet 4. Perjalannya agak jauh. Sewaktu di chalet tersebut, kami bermain pelbagai permainan sukan bersama mereka seperti bola sepak dan sebagainya. Pada malam hari itu, kami juga mengadakan sebuah persembahan tradisional bangsa Melayu. Terdapat pelbagai persembahan yang diadakan, seperti tarian tradisional orang Malang, tarian tradisional orang Melayu Singapura, perlakonan tentang sejarah Singapura, nyanyian dan sebagainya. Sambil itu, kami semua juga menjamu selera. Kami semua telah benar-benar berseronok apabila menyaksikan pelbagai persembahan tradisional itu.

  Pada hari tersebutnya, murid-murid yang telah menetap di chalet satu malam, telah datang ke sekolah dengan bas sekolah. Murid-murid SMP Negeri Satu Malang mengikuti kami dalam penyambutan Tahun Baru Cina di sekolah kami. Mereka juga mengikuti dalam  aktiviti ‘yu-sheng tossing’ bersama murid-murid kelas kami. Selepas itu, mereka juga mengikuti dalam aktiviti memberikan buah oren kepada penduduk-penduduk blok di Choa Chu Kang yang berdekatan dengan sekolah kami. Setelah tamat sekolah, kami membawa mereka sekali lagi ke Orchard dan Bugis supaya mereka dapat membeli barangan cendarahati bagi keluarga mereka di Indonesia. Walaupun kami murid tempatan berasa amat letih ketika aktiviti tersebut, kami masih dapat bersuka-ria apabila membawa mereka berjalan sia-sia. Mereka juga berseronok. Kami murid tempatan juga dapat mempelajari tentang tanggungjawab serta mempelajari bagaimana untuk memimpin sebuah kumpulan murid-murid yang besar dalam aktiviti-aktiviti tersebut.Walaupun kami menghadapi beberapa masalah ketika aktiviti tersebut, kami masih dapat menyelesaikan masalah-masalah tersebut secara cepat dan efektif.

   Pada tanggal 13 Februari 2010, kami menghantar murid-murid Indonesia ke lapangan terbang Changi. Saya telah membelikan mereka sebuah coklat kecil seorang satu sebagai sebuah cendarahati. Ketika di lapangan terbang, kami mengambil banyak gambar bersama-sama supaya dijadikan bahan kenangan penetapan mereka di sini bersama kami. Kami berasa amat sedih apabila mereka berpisah dari kami di lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia. Namun, kami juga berasa puas setelah dapat mengenali mereka dengan lebih mendalam serta mengukuhkan pertalian persahabatan kami bersama mereka selama minggu itu. :D Pada kesimpulannya, saya berasa amat bertuah kerana dapat mengikuti program yang amat berfaedah ini. Saya juga berasa amat bangga sebagai seorang murid Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang, kerana dapat mengikuti program-program yang unik ini.

Oleh: Nur Fatima Bte Baginda Ali (3T2/ 2010)





Unit Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Bicara Sastera, 15 Ogos 2009.

SUBUH HILANG SENJA
Suratman Markasan

1 Tulisan Kreatif Memerlukan Tiga Unsur

Tulisan fiksyen baik prosa seperti cerpen atau novel mahupun puisi memerluka tiga unsur. Pertama fakta, kedua imaginasi dan ketiga fikiran atau mesej. Tulisan fiksyen yang hanya mengandungi fakta sahaja, bukanlah tulisan fiksyen, melainkan adalah berita sahaja. Misalnya seperti wartawan memberitakan tentang satu kejadian pelanggaran atau kisah perompakan yang terdapat di dalam suratkhabar. Akan tetapi apabila fakta tersebut ditambah dengan imaginasi penulis, barulah tulisan itu menjadi sebuah fiksyen. Akan tetapi untuk menjadikan tulisan fiiksyen tersebut menjadi bermutu atau da kualitinya, haruslah pula ditambah dengan fikiran atau maksud penulis.
Sedangkan fakta mengenai sesebuah tulisan fiksyen itu, mengandungi tiga latar belakang. Pertama latar belakang tempat. Tempat adalah lokasi di mana tulisan fiksyen atau cerita itu terjadi. Kedua latar belakang masa adalah mengenai bilakah terjadinya fiksyen atau cerita tersebut dan akhir sekali latar belakang suasana adalah yang mengenai apakah hal-hal fakta yang terjadi pada masa itu diceritakan.

2. Latarbelakang Subuh Hilang Senja (SHS)
Mari kami bawa anda satu-persatu mengenai tiga latar belakang tadi, iaitu tempat terjadinya, bilakah terjadinya dan apakah latar belakang suasana Singapura, khususnya mengenai masyarakat Melayunya dalam novel kami ‘Subuh Hilang Senja’

2.1 Latarbelakang tempat
Latarbelakang SHS, adalah di Singapura dan tempat-tempat khusus terjadinya yang kami pakai adalah di lapan lokasi; yaitu di Hospital NUS, di depan Haw Par Garden, di Science Park, di Masjid Darussalam, di flat West Cost Road, di Maktab Bebas Elite, di bawah lelapang flat Pak Mahmud dan di kuburan Pusara Aman.

CONTOHAN SOALAN:

Soalan SHS kertas Peringkat ‘O’ tahun 2006

Berdasarkan novel ‘Subuh Hilang Senja’, terangkan empat pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat. Berikan juga contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan kamu.

Contoh jawapannya kira-kira begini:

Dalam novel SHS, memang terdapat banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar bagi masyarakat.
1) Watak Subuh, merupakan seorang pelajar yang membawakan watak bermotif Islam. Dia telah disebat oleh Mr. Rodrigues bersama teman-temannya, di hadapan khalayak pelajar, kerana dia tidak datang berlatih bermain boleh bagi kolejnya. Perbuatan dia tidak datang berlatih, ada beberapa sebab peribadinya. Pertama, dia tidak punya tambang. Kedua, dia terpaksa mencari duit dengan mencuci pinggang-mangkuk di gerai makanan. Bagaimanapun, Subuh tidak mempunyai rasa dendam kepada Mr. Rodrigues, sehingga dia meminta Senja dan kawan-kawannya, jangan memberitahu sesiapapun, bahawa pasangan muda-mudi yang diselamatkan dari dirompak itu, adalah Mr. Rodrigues dengan Cikgu Roziah, isteri Mr. Husin, guru PE, di maktab mereka.
2) Ketika di dalam bas mayat, untuk mengkebumikan Subuh. Senja teringat akan watak Subuh, yang tidak suka menceritakan tentang keburukan orang lain. Walaupun watak itu, orang yang menjatuhkan hukum sebat di khalayak pelajar kolejnya. Senja mengangapnya sebagai orang berwatak ‘malaikat’. Biarlah dia tuduh aku begitu, tapi Tuhan tahu aku tidak buat begitu.
3) Watak Cikgu Saerah guru kelas, guru bahasanya dan guru dicipline, dapat dijadikan contoh guru yang baik dan bertanggungjawab, kerana dia sentiasa membela Subuh dan pelajar-pelajar lain yang mendapat layanan tidak adil dari maktab bebas elit. Selain itu, dia juga membayarkan yuran kolej dan bayaran peperiksaan bagi Subuh, kerana dia tahu Subuh pelajar susah yang perlu dibantu.
4) Gambaran guru-guru Melayu yang mengajar di Maktab Bebas Elit, seperti Cikgu Yaakub, Mr. Gazali dan Mr. Husin yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan antara keluarga di rumah, disinggung oleh Cikgu Saerah dan Mr. Hatta. Mereka memberikan alasan, walaupun guru-guru Melayu itu hendak menguatkan pelajaran bahasa Inggeris bagi anak-anak mereka, tetapi hendaknya janganlah mengabaikan langsung bahasa Melayu mereka.

Soalan Kertas Peringkat ‘O’ Tahun 2007

“Kau orang semua berjanji tau.... apa yang aku ceritakan tadi, peristiwa yang terjadi mengenai Subuh di Science Park tadi, mesti dirahsiakan. Itu permintaan Subuh.” (Halaman 23, edisi baru, 2008)
a) (i) Siapakah yang dimaksudkan dengan ‘Kau orang’ dan ‘aku’ dalam tukilan
di atas (2 markah)
(ii) Bilakah dan di manakah kata-kata di atas dilafaskan (2 markah)
b) Terangkan ‘peristiwa yang terjadi’ di Science Park. (8 markah)
c) Jelaskan empat sifat terpuji yang ada pada diri Subuh. (8 markah)

Contoh jawapannya kira-kira begini:

(a) (i) Yang dimaksudkan ‘Kau orang’ itu yalah Bujang dan Salih. Dan yang di-
maksudkan ‘aku’ yalah Senja (Tan Peng Yoe).
(ii) Percakapan tersebut dilafazkan oleh Senja di Science Park pada hari Sabtu
malam Minggu.

(b) Peristiwa itu terjadi, ketika Subuh dan teman-temannya Senja, Bujang dan
Salih setelah mereka mengulang-kaji pelajaran ekonomi, tiba-tiba mereka
ternampak sebuah kereta yang baru tiba, berhenti di belakang sebuah kereta
yang telah sedia ada di situ. Dari kereta yang baru tiba, mereka nampak se-
pasang manusia keluar dari kereta tersebut sambil berpelukan dan berulang-
alik di sebelah kereta yang sedia ada di situ. Selepas itu yang lelaki pergi ke
kanan kereta dan yang perempuan ke kiri kereta. Ketika itu Subuh mengajak
teman-teman bergerak ke arah meeka untuk mengetahui apa yang akan dilaku-
kan oleh mereka. Subuh dan Senja bergerak ke arah kanan dan dua orang
temannya bergerak ke arah kiri. Ketika itu pula, seorang yang berada di dalam
kereta yang dipandu oleh belia-belia itu menyorotkan lampu keretanya. Ketika
itulah terjadi pergelutan antara Subuh dan belia lelaki itu. Waktu itulah Subuh
ditikam oleh belia itu. Akhirnya kedua-dua kereta itu pun lesap hilang, tinggal
Subuh yang dipangku Senja berlumuan darah. Sedang Bujang dan Salih me-
Nelfon ambulance. (rujukan hal. 16)

(c) Empat sifat terpuji bagi Subuh; pertama suka dan sentiasa menolong orang.
(i) Menyelamatkan Senja yang berada di dalam keadaan kejang kaki, apa-
bila mereka sedang berenang-renang semasa di Pulau Seking dahulu.
(rujukan hal.40)

(ii) Menutup rahsia keburukan Mr Rodrigues dan Cikgu Roziah (isteri Mr
Husin) yang berada di dalam sebuah kereta di Science Park, ketika ter-
jadi dan teman-temannya hendak menyelamatkan Mr Rodriguies dan
Cikgu Roziah di serang perompak. (rujukan hal. 15-16)
(iii) Walaupun dia diusir oleh bapa dan ibu tirinya, kerana peristiwa ibu-
tirinya mengatakan Subuh anak jalanan, dia menyuruh ibu tirinya
jangan cakap sembarangan. Dia lebih suka di surau daripada pergi
ke rumah saudara-mara atau teman-temannya. (rujukan hal.58)
(iv) Tidak suka menceritakan tentng keburukan orang lain. Ketika kawan-
kawannya atau orang lain menceritakan tentang keburukan orang
lain, dia diam tidak menambah atau mengurangi cerita tersebut.
(rujukan hal.194)

Soalan Kertas Peringkat ‘O’ Tahun 2008

(a) Insan yang berprinsip tidak mudah dikaburi wang ringgit. Buktikan ketetapan pernyataan ini berdasarkan watak Senja dalam novel ‘Subuh Hilang Senja’ karya Suratman Markasan (8 markah)

(b) Peristiwa Subuh ditikam memperilhatkan sifat kepura-puraan Mr Rodrigues. Buktikan pernyataan tersebut. (12 markah)

Contoh jawabannya kira-kira begini:

(a) Memang benar bahawa Senja berpendirian menutup rahsia perhubungan Mr Rodrigue dan Cikgu Roziah, bukan mahu mendapatkan balasan apa-apa. Dia ikhlas kerana itulah permintaan daripada temannya Subuh, supaya menutu rahsia itu. Senja tidak mudah dikaburi dengan wang $100/- daripada Mr Rodrigues, terbukti dia meminta kepada teman-temannya Bujang dan Salih supaya memulangkan wang itu kepada Mr Rodrigues, kerana jika dia menerimanya, satu hari nanti seluruh Maktab Elite akan mengetahui bahawa mereka menutup rashsia itu, kerana wang &100/- (rujukan hal.68-69 & 106-107).

(b) Memang dapat dinyatakan bahawa Mr Rodrigues, seorang yang berperwatakan suka berpura-pura. Pertama, ketika dia mengetahui daripada Senja bahawa Subuhlah yang meminta dia dan teman-temannya jangan memberitahu sesiapapun akan rahsia perhubungan antara Mr Rodrigues dengan Cikgu Roziah. Dia hanya mengatakan: “Oh Thank God!” dan menyatakan dia menziarahi Subuh dua kali; sekali pagi dan sekali petang. (rujukan hal.68-69). Kedua, ketika dia berbincang dengan Mrs Teo bahawa Subuhlah pelajar yang meminta rakan-rakannya menutup rahsia perhubungannya dengn Cikgu Roziah. Ketika itu dia Mrs Teo sedar bahawa Subuhlah pelajar yang baik, tetapi sekadar itu sahaja, mereka tidak membuat pertanyaan kepada umum tentang kebaikan Subuh. (rujukan hal.128-129) Mr Rodrigues juga tahu, bahawa Bujang yang dipecat daripada NCC itu tidak pendendam, dan benar kata Cikgu Saerah bahawa bukan Bujang yang menggaris keretanya. Begitu pun baiknya watak Bujang, tidak juga diumumkan kepada umum akan kebaikan Bujang. Hal-hal inilah yang dapat dibuktikan bahawa Mr Rodrigues itu, memang tepat dikatakan manusia yang bersifat manusia yang suka berpura-pura. (Rujukan hal.129-130)


Selain itu, soalan mengenai novel SHS, boleh juga ditanyakan:

a) Apakah motif atau maksud yang ingin disampaikan oleh penulis di dalam novelnya Subuh Hilang Senja? Jelaskan.

Sebelum menjawab apapun soalan dalam apapun pelajaran, pelajar-pelajar haruslah fahamkan: Pertama, pelajar-pelajar harus faham betul-betul apakah maksud atau kehendak soalan tersebut. Kedua, sampai sejauh manakah batas yang dikehendaki.

Maksud atau kehendak soalan di atas, pelajar-pelajar diminta menjelaskan ‘apakah motif atau maksud’ yang ingin disampaikan di dalam novel tersebut. Sebelum menjawab, yang perlu diketahui oleh pelajar, jika soalan tersebut merupakan soalan yang markah penuhnya 20 markah, ertinya jawapannya harus lengkap. Sebaliknya, jika soalan tersebut merupakan soalan pecahan, yang barangkali jumlah markahnya cuma 10 markah, barangkali tidak perlu lengkap dan keseluruhannya. ‘Maksud’ di dalam pengertian di sini, boleh jadi: Apa yang kira-kira penulis hendak sampaikan kepada pembaca-pembacanya? Bagi saya sebagai penulis, yang utama saya ingin pembaca memikirkan ‘fikiran-fikiran’ yang saya sodorkan melalui watak-watak di dalam novel tersebut. Pertama: Ketidakadilan dan kedua ketidakjujuran, menjadi perkara-perkara penting, yang harus disampaikan dan difikirkan oleh pembaca-pembaca.

Misalnya tentang ketidakadilan, saya gambarkan melalui watak utama yang berkuasa di dalam institusi ‘maktab’ dipegang oleh Mr Rodrigues (vp) dan Mrs Teo Lam Tay(p). Apabila Bujang dituduh mencuri di RI, Mr. Rodrigues, tidak mahu menyiasat, walaupun Cikgu Saerah meminta perkara itu disiasat. Lalu Bujang dijatuhi hukuman, turun pangkat menjadi last-copral. Kemudian apabila Bujang menulis surat untuk berhenti dari army cadet, dia dipecat. Demikian pula, ketika Subuh dan KK-nya tidak datang berlatih bolasepak, dengan tidak menyiasat sebab-sebab Subuh dan kk-nya tidak datang, lalu mereka mengambil tindakan untuk dibincangkan oleh Jawatankuasa Tata-tertip Maktab, yang terdiri dari Ketua-ketua muird dan guru-guru. Akhirnya undi diambil dengan 5 bersalah dan 5 tidak bersalah, dan Mr Rodregues sebagai Pengerusi Jawatankuasa, menggunakan undi vetonya, bahawa mereka bersalah. Ketidakadilannya di sini, terletak kepada nasib ‘Bujang’ dalam kesnya yang dikatakan ‘mencuri’ tetapi guru di RI sendiri, tidak menuduhnya mencuri. Cikgu Saerah sebagai guru bahasanya dan guru kelasnya menjamin bahawa Bujang pelajar baik. Oleh itu perlulah disiasat, tetapi ‘mahkamah’ yang mengadilinya tidak mahu mendengar orang yang dituduh itu membela dirinya. Jadi di mana keadilannya?... Demikian pula mengenai kes ‘Subuh’. Walaupun memang dari segi peraturan Maktab, bahawa keutamaan haruslah ‘Maktab’ diutamakan, tetapi dari segi keadilan, perlu juga Jawatankuasa Tata-tertip, mengetahui apakah sebab-sebabnya Subuh dan kk-nya tidak datang berlatih?.. Samalah juga, pertanyaannya: Keadilannya di mana?

Mengenai ketidakjujuran yang ingin saya sampaikan kepada pembaca, saya lontarkan melalui watak-watak Mr. Rodrigues (vp), Mrs Teo Lam Tay (p) dan Mr. Gazali (math teacher). Setelah Mr. Rodrigues mengetahui melalui Tan Peng Yeo alias Senja, bahawa Subuhlah yang meminta Senja dan KK-nya, supaya menutup rahsia perbuatan tidak bermoralnya dia dengan Cikgu Roziah berada di sebuah kereta di Science Park daripada diketahui umum, dia masih berpura-pura tidak bersalah. Demikian juga, setelah akhirnya dia mengetahui bahawa Bujang tidak mencuri di RI dan Bujang juga tidak menggaris keretanya, Mr. Rodrigues tidak juga mahu mengakui kesilapannya. Dari segi ketidakjujuran dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Mr. Rodrigues, Mrs Teo Lam Tay sebagai ketua di institusi ‘Maktab Bebas Elit’ ini pula, bersubhat menyebelahi penolognya. Jadi nasib orang bawah, yang tak berkuasa seperti ‘Subuh’ dan ‘Bujang’ sampai bila pun tidak akan ada orang yang membelanya.

b) Selain fikiran-fikiran utama yang menjadi matlamat kami (penulis), ada fikiran-fikiran lain (sampingan) yang ingin kami sampaikan kepada pembaca melalui watak-watak di dalam novel SHS juga. Misalnya watak guru-guru, Mr. Rodrigues dan Cikgu Roziah yang tidak bermoral, berdua-duaan di satu kereta dan berada di Science Park pada malam hari. Watak Cikgu Yaakub yang mementingkan diri sendiri; demi wang dia berkerja sebaliknya tanpa wang, dia tidak bekerja. Demikian pula, watak-watak Cikgu Yaakub, Mr. Gazali dan Mr. Husin yang mementingkan dan mengutamakan pelajaran bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu bagi anak-anak mereka, sehingga bahasa Melayu tidak menjadi bahasa pengantar langsung di kalangan keluarga mereka di rumah.

c) Kami kira jelaslah bahawa fikiran-fikiran yang ingin disampaikan oleh seseroang penuls di dalam tulisan fiksyennya (baik yang bersifat utama mahupun yang hanya sampingan adalah maksud yang ingin disampaikannya juga).

d) Menurut kami, yang boleh dianggap sebagai pengajaran adalah perkara-perkara sampingan, yang lebih merupakan ditujukan kepada watak-watak individu. Sebaliknya, yang merupakan fikiran-fikiran utama itu, lebih tepat ditujukan kepada orang-orang yang berkuasa atau bertanggungjawab mengepalai sesuatu institusi. Dalam hal novel SHS tentulah institusi maktab bebas elit.

No

Tarikh

Tempat

Perkara

Peserta

1.

Sabtu,

31 Jan 09

(10 – 1ptg)

SM Yusof Ishak

Sesi perkongsian & Mesyuarat (1)

-   Penyampaian oleh para pelajar yang menyertai ‘Kembara Sastera’ di bulan Disember 2008

-   Perkongsian oleh Cg Muslim (Pengajaran Puisi di luar kelas)

Murid & guru

2.

Sabtu,

21 Feb 09

(10 – 1 ptg)

SM Dunearn

Sesi perkongsian & Mesyuarat (2)

-   Penyampaian oleh para pelajar Duneran (Hikayat Mat Jenin, Pusaran & Sayang Ayah)

-   Perkongsian oleh Cg Supandi (Ke Makam Bonda)

-   Perkongsian oleh Cg Sazali (Pengajaran Puisi – Gaya Bahasa)

Murid & guru

Puan Roslina (Pegawai

CPDD)

3.

14 -18 Mac 09

Bali

Program ‘Immersion’ ke Bali (SMA N8 Denpasar, Bali)

-   @$800 per pax

-   Sem 1

-   3 sekolah menyertainya

20 Para pelajar drpd sekolah menengah BPGH, Dunearn & Yusof Ishak

4.

Sabtu,

28 Mac 09

(10 – 12 tengahari)

SM Yio Chu Kang

Sesi perkongsian (3)

-   Perkongsian oleh Cg Siti Aisha (Mencerakinkan Perwatakan)

-   Perkongsian oleh Cg Sazali (Persiapan Kertas Soalan)

Guru-guru SM & Madrasah

5.

Rabu,

22 April 09

UPTLC, Victoria Street

Bengkel Sastera

-   Cg Muslim & Cg Supandi

Anjuran CPDD Unit BM

6.

May 09

SM Guangyang

Sesi perkongsian & Mesyuarat (4)

(Akan ditentukan)

Akan ditentukan

7.

Sabtu,

27 Jun 09

(7.30 malam)

SM Yusof Ishak

(Black Box)

Malam Puisi

persembahan daripada sekolah-sekolah yang mengambil sastera

Para pelajar sastera

8.

Sabtu, 12 Julai 2009

Sek Tinggi Pemerintah Bt Panjang

Musical Revelry- NADIM: Visi dan Misi

The Republic Cultural Centre- 3-6pm

(Tiket berharga $10)

Semua pelajar sastera BPGHS dan sek sokongan diundang

9.

Sabtu,

15 Ogos 09

BPGHS

Bicara Sastera-

Subuh Hilang Senja (Cikgu Suratman Markasan)

Pelajar dan Guru


Pages:1234